Agar-agar permata ialah salah satu pencuci mulut klasik yang masih digemari hingga sekarang. Resepi agar-agar permata ini bukan sahaja cantik, malah sangat mudah disediakan dengan bahan ringkas dan masa yang singkat.
Bagi yang mencari pencuci mulut mudah dan cepat, agar-agar permata simple ini memang sesuai untuk buat di rumah, sama ada untuk keluarga atau majlis kecil-kecilan.
Bahan-bahan Agar-Agar Permata
1 paket serbuk agar-agar
1 liter air
Gula secukup rasa
Pewarna makanan (ikut pilihan)
1 kotak susu cair
Cara Buat Agar-Agar Permata
Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih dan larut sepenuhnya.
Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas dan campurkan pewarna makanan.
Biarkan agar-agar mengeras, kemudian potong kecil berbentuk dadu.
Tuangkan susu cair ke atas agar-agar yang selebihnya tadi(yang banyak) dan sejukkan .
bila dah hampir keras masukkan agar agar yang warna warni ke dalam adunan putih yang ada susu .
Tips Agar-Agar Permata Cantik & Sedap
Gunakan warna yang terang supaya agar-agar permata nampak lebih menarik
Pastikan agar-agar dipotong kecil supaya mudah dimakan
Sejukkan beberapa jam untuk rasa yang lebih sedap dan segar
Resepi agar-agar permata ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut selepas makan. Cara buatnya mudah, rasanya sedap dan tampilannya pula memang cantik bila dihidangkan.
Kalau suka resepi agar-agar permata ini, boleh simpan dan cuba buat sendiri di rumah.

0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.