AGAR-AGAR KRISTAL MUDAH DAN SIMPLE




 Pertama kali makan agar-agar ni masa zaman kecil dulu kemain happy sebab berwarna warni. Agar-agar kristal ni nak buat dia tak susah cuma kena sabar.

Oleh kerana kurang kesabaran, terlalu awal masukkan kristal tu semasa bancuhan masih panas maka semuanya turun ke bawah.

Padan la dengan muka sendiri. huhu. kroang nak cuba? saya share resepinya


Agar-agar permata ialah salah satu pencuci mulut klasik yang masih digemari hingga sekarang. Resepi agar-agar permata ini bukan sahaja cantik, malah sangat mudah disediakan dengan bahan ringkas dan masa yang singkat.

Bagi yang mencari pencuci mulut mudah dan cepat, agar-agar permata simple ini memang sesuai untuk buat di rumah, sama ada untuk keluarga atau majlis kecil-kecilan.

Bahan-bahan Agar-Agar Permata

  • 1 paket serbuk agar-agar

  • 1 liter air

  • Gula secukup rasa

  • Pewarna makanan (ikut pilihan)

  • 1 kotak susu cair

Cara Buat Agar-Agar Permata

  1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih dan larut sepenuhnya.

  2. Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas dan campurkan pewarna makanan.

  3. Biarkan agar-agar mengeras, kemudian potong kecil berbentuk dadu.

  4. Tuangkan susu cair ke atas agar-agar yang selebihnya tadi(yang banyak) dan sejukkan .

  5. bila dah hampir keras masukkan agar agar yang warna warni ke dalam adunan putih yang ada susu .

Tips Agar-Agar Permata Cantik & Sedap

  • Gunakan warna yang terang supaya agar-agar permata nampak lebih menarik

  • Pastikan agar-agar dipotong kecil supaya mudah dimakan

  • Sejukkan beberapa jam untuk rasa yang lebih sedap dan segar

Resepi agar-agar permata ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut selepas makan. Cara buatnya mudah, rasanya sedap dan tampilannya pula memang cantik bila dihidangkan.

Kalau suka resepi agar-agar permata ini, boleh simpan dan cuba buat sendiri di rumah.

Post a Comment

5 Comments

  1. saya antara pembuat agar2 yg fail. mgkin kurang sabar kot. hehee

    ReplyDelete
  2. saya suka agar2 ni cuma tak gigih nak buat laaa

    ReplyDelete
  3. Kalau time rajin nanti boleh buat ni.

    ReplyDelete
  4. Oh tak susah yaaa buatnyaa. Saya tahu juga agar2 ini, tp tak pernah buat. Memang sukaaaa lah. Apalagi cantik warna2nya

    ReplyDelete
  5. Jika ada di keningau nak juga beli..masa ramadan ada jumpa agar2 rupa warna begini..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.