Cara Sediakan Anak Mental & Emosi Untuk Hari Pertama Sekolah
Hari pertama sekolah bukan saja mencabar untuk anak, tapi juga untuk ibu bapa. Ada anak yang teruja, ada juga yang diam, takut atau tiba-tiba tak nak berpisah dengan ibu/ ayah. Sebenarnya, persediaan mental dan emosi sama penting dengan kelengkapan sekolah.
1. Bercakap awal tentang sekolah
Beberapa hari sebelum sekolah bermula, ceritakan tentang rutin harian, cikgu, kawan-kawan dan aktiviti menarik di sekolah. Elakkan ayat menakutkan seperti “nanti cikgu marah”.
2. Validasi perasaan anak
Jika anak cakap dia takut atau risau, jangan terus menidakkan. Cukup dengar dan tenangkan:
“Tak apa rasa takut, ramai kawan baru pun rasa macam tu.”Cuba jadi ibu / bapa yang jadi telinga atas semua masalah atau ketakutan anak.
3. Biasakan rutin awal
Latih anak bangun awal, mandi dan bersiap seperti hari sekolah sebenar. Rutin yang konsisten bantu anak rasa lebih terkawal dan kurang cemas.
4. Beri keyakinan, bukan tekanan
Elakkan letak harapan terlalu tinggi pada hari pertama. Cukup sekadar anak masuk kelas dan berani mencuba.
5. Ucap perpisahan dengan tenang
Jangan panjangkan drama waktu hantar. Peluk, senyum dan yakinkan anak yang kita akan datang ambil mereka semula.
Hari pertama sekolah tak perlu sempurna. Yang penting, anak rasa disokong, difahami dan selamat. Selebihnya, mereka akan belajar sedikit demi sedikit. Good luck si comel. Good luck ibu ayah!
2 Comments
boleh diguna pakai untuk anak yang baru nak mulakan persekolahan kan,,,
ReplyDeletezmn my boys masuk djh 1, memang mencabar jugak sbb 3 anak, 3 kerenah esp my ariff (yg tgh)
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.