Cili Kisar Homemade, Mudahkan Kerja Dapur





Cili kisar memang bahan asas yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Kalau setiap kali memasak perlu kisar cili, memang ambil masa dan agak leceh. Sebab itu, cili kisar homemade sangat membantu saya untuk memudahkan kerja dapur. Selain lebih jimat, kita juga boleh jaga kebersihan dan tahap kepedasan ikut citarasa sendiri sebab saya buat cili kisar guna dua jenis cili kering iaitu cili jenis gemok besar yang tak pedas langsung campur cili kering kurang pedas..

Saya memang jenis kalau buat cili kisar, suka buat sekali banyak. Biasanya saya akan kisar seperiuk terus, dan dapatlah dalam 4–5 bekas cili kisar. Cara ni jauh lebih mudah dan jimat masa, terutama bila nak memasak lauk harian. Tak perlu nak kisar setiap kali, cedok saja ikut keperluan.


Cara Buat Cili Kisar Homemade

Bahan-bahan:

  • Cili kering (ikut kuantiti yang dikehendaki)

  • Air secukupnya

  • Sedikit minyak masak (pilihan, untuk tahan lama)

Langkah-langkah:

  1. Cuci cili kering dan buang tangkai.

  2. Rebus cili kering sehingga lembut (lebih kurang 10–15 minit).

  3. Toskan air rebusan dan biarkan cili sejuk sedikit.

  4. Kisar cili bersama sedikit air rebusan atau air bersih hingga halus.

  5. Jika suka, boleh tapis untuk tekstur lebih licin.

  6. Panaskan sedikit minyak dan tumis sekejap cili kisar sehingga naik bau (opsyenal tapi digalakkan untuk ketahanan lebih lama).

Cara Simpan Cili Kisar Supaya Tahan Lama

  1. Sejukkan dahulu cili kisar sebelum disimpan.

  2. Simpan dalam bekas bertutup rapat dan bersih.

  3. Boleh asingkan ikut sukatan kecil supaya mudah digunakan.

  4. Simpan dalam:

    • Peti sejuk (chiller): tahan 1–2 minggu

    • Freezer: boleh tahan sehingga 1–3 bulan

  5. Gunakan sudu kering setiap kali mengambil cili kisar untuk elak cepat berkulat.

Dengan menyediakan cili kisar homemade, kerja memasak jadi lebih cepat dan mudah. Tak perlu lagi kisar cili setiap kali hendak memasak, malah lebih jimat dan terjamin kebersihannya. Harap perkongsian ini bermanfaat dan boleh dijadikan stok dapur untuk kegunaan harian.


Post a Comment

10 Comments

  1. Ye memudahkan..SA untung sebab PZ yang rajin buat semua ni...

    ReplyDelete
  2. bagus betul if dpt buat versi homemade gini. MZ beli yg dh ready made ajer..tp so far hanya serasi/suka satu brand ajer ie brand puteri

    ReplyDelete
  3. waahhhh best dpt buat stock cili kisar ni memudahkan & m'cptkan kerja kat dapor hehehe

    ReplyDelete
  4. tips dari arwah mak sha pula blend guna minyak, jangan guna air..lps tu kalau nak masak xperlu dah letak minyak..sebab dah ada minyak dlm tu..simpan dalam freezer sebulan pun tahan..

    ReplyDelete
  5. Isteri saya memang suka buat cili kisar. Tapi saya sendiri pun tak tahu namanya apa. Baru tahu rupanya dipanggil cili kisar, hehe. Kalau dia sedang menyiapkan dan mengisar… aduh, baunya boleh buat kita bersin-bersin, hahaha.

    ReplyDelete
  6. Akak dulu rajin buat sendiri stok cili kisar, tapi sejak jumpa penjual cili kisar yang menepati cita rasa, terus jadi malas. Beli aje 😄

    ReplyDelete
  7. Pedas kan..memang semua suri rumah suka yang pedas2..pembuka selera tu

    ReplyDelete
  8. rumah saya jarang ada cili dan biasa makanan tidak pedas

    ReplyDelete
  9. Kalau kisar cili setiap kali memang makan masa, buat stok siap-siap memang jimat tenaga..

    ReplyDelete
  10. Kalau kisar cili setiap kali memang makan masa, buat stok siap-siap memang jimat tenaga..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.