Kami singgah ke Kasod Forest Park di Yala, Thailand, sebuah taman rekreasi yang sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Suasananya hijau dan nyaman dengan pokok-pokok besar yang redup, sesuai untuk beriadah berjalan kaki dan briskwalk lebih menyeronokkan. Kalau nak berpiknik boleh bawa tikar dan makanan, ada kemudahan tandas dan permainan kanak kanak juga di sini. Di sini juga terdapat replika pelbagai buah-buahan Thailand yang menarik untuk bergambar kenangan.
limau siam manis kan? tapi kami lagi manis.hehe
gigih mereka panjat demi untuk bergambar kenangan
Kasod Forest Park mempunyai laluan pejalan kaki yang kemas dan selesa, sesuai untuk semua peringkat umur. Kawasannya bersih dan tenang, sesuai untuk berkelah bersama keluarga sambil menikmati udara segar. Anak-anak pun seronok kerana banyak spot menarik untuk bergambar.
durian merah pun ada, ingatkan di Borneo je ada
Secara keseluruhan, Kasod Forest Park Yala Thailand memang lokasi yang sesuai untuk melepaskan penat dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Sama ada untuk briskwalk, berkelah atau sekadar menikmati kehijauan alam, tempat ini memberikan pengalaman yang santai dan menenangkan. Jika berkunjung ke Yala, bolehlah masukkan lokasi ini dalam senarai destinasi anda.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.