Kasod Forest Park Yala Thailand – Tempat Santai Keluarga, Briskwalk & Bergambar Menarik

Kami singgah ke Kasod Forest Park di Yala, Thailand, sebuah taman rekreasi yang sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Suasananya hijau dan nyaman dengan pokok-pokok besar yang redup, sesuai untuk beriadah berjalan kaki dan briskwalk lebih menyeronokkan. Kalau nak berpiknik boleh bawa tikar dan makanan, ada kemudahan tandas dan permainan kanak kanak juga di sini. Di sini juga terdapat replika pelbagai buah-buahan Thailand yang menarik untuk bergambar kenangan.

limau siam manis kan? tapi kami lagi manis.hehe


gigih mereka panjat demi untuk bergambar kenangan

Kasod Forest Park mempunyai laluan pejalan kaki yang kemas dan selesa, sesuai untuk semua peringkat umur. Kawasannya bersih dan tenang, sesuai untuk berkelah bersama keluarga sambil menikmati udara segar. Anak-anak pun seronok kerana banyak spot menarik untuk bergambar.


durian merah pun ada, ingatkan di Borneo je ada


Secara keseluruhan, Kasod Forest Park Yala Thailand memang lokasi yang sesuai untuk melepaskan penat dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Sama ada untuk briskwalk, berkelah atau sekadar menikmati kehijauan alam, tempat ini memberikan pengalaman yang santai dan menenangkan. Jika berkunjung ke Yala, bolehlah masukkan lokasi ini dalam senarai destinasi anda.

Post a Comment

5 Comments

  1. MZ berkenan replika limau tu sbb nmpk sgt unik!

    ReplyDelete
  2. Kalau SA ni..confirm beratus ni gambar kat replika ni semua...

    ReplyDelete
  3. ow baru tahu durian merah ada juga dekat thailand..

    ReplyDelete
  4. Replikanya nampak real la LM.
    Teringin jugak akak nak explore selatan Thai, sementara menetap di Perlis ni. Bolehlah rujuk blog LM.

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat bergambar begitu..ada juga ya buah2an di bentuk begitu kat sana..menarik lah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.