Kisah nasi goreng 'tragedi Januari' saya harini biarlah saya abadikan di sini. Dah plan baik punya nak goreng nasi untuk bekal 3 hero tu tapi sebab terlewat bangun maka terpaksa tukar menu kepada pizza saja. Padahal kemain lain dah sediakan bawang dan rencahnya sebelim tidur.
Oleh kerana tidak mahu menanggung rasa terkilan, saya goreng juga sedikit nasi tu untuk sarapan kami walau sedikit lewat.
Tambal telur mata, alhamdulillah cukup mengenyangkan. Syukur. Tengah hari ni menu kami
-telur masak lomak cili padi Taj Mahal bukan Taj Murah 😅
-sayur tumis kobis bulat bukan leper.
-ikan masin belah belakang( ikan gelama)
-tempoyak manis(isi durian) dengan cili tumbuk pedas berdesing
nota kaki: kalau manis bukan tempoyak la kan?
5 Comments
alhamdulillah sedapnya
ReplyDeleteNasi goreng last minute pun tetap jadi penyelamat.
ReplyDeleteSemalam SA pesan ngan PZ x payah masak banyak petang semalam..sekali PZ x masak langsung cuma masak nasi je...rasa nak nangis SA..sudahnya Ting!!!! otak pun mula berhubung SA buat juga nasi goreng...pecah telur dan tabur ikan bilis goreng..settled makan bertiga...
ReplyDeletenasi goreng simple camni pun dah sedap. tak perlu bahan banyak2 pun.
ReplyDeleteAt least dah prepare, jadi saat masak pun cepat ya kak 😄👍
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.