Sarapan pagi roti jala ni entah bila saya buat, lupa nak share kat sini. Roti jala homemade yang ringkas tetapi mengenyangkan. Tak perlu bahan yang banyak, cukup dengan sukatan mudah dan cara penyediaan yang cepat. Resipi ini memang sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum pagi kerana teksturnya lembut dan rasanya sedap, boleh dipadankan dengan pelbagai jenis kuah atau hidangan sampingan.
ni saya punya
Resipi Ringkas Roti Jala
Bahan-bahan:
-
3 gelas tepung gandum
-
1 biji telur
-
Sedikit pewarna kuning
-
2 sudu besar minyak masak
-
3 gelas air (anggaran)
Cara penyediaan:
-
Masukkan semua bahan ke dalam blender.
-
Kisar sehingga adunan sebati dan licin.
-
Periksa kepekatan adunan dengan melihat bulatan lubang di tengah blender semasa kisar.
-
Jika sebesar duit 10 sen → adunan ngam
-
Jika terlalu besar → adunan terlalu cair, tambah sedikit tepung
-
Jika terlalu kecil atau tiada → adunan pekat, tambah sedikit air
-
-
Panaskan kuali leper dan acuan roti jala, kemudian masak seperti biasa.
menjala ikut sedap tangan je
Roti jala ini memang mudah disediakan dan sesuai untuk sarapan sekeluarga. Dengan sukatan ringkas dah, sesiapa je boleh mencubanya janji malas atau rajin je. Alhamdulillah, sarapan pagi pun selesai tanpa perlu menu yang rumit.
.jpg)
.jpg)
4 Comments
lama tak buat roti jalan. kat gerai area rumah ada jual roti jala sedap tu yang lama tak buat.
ReplyDeletewah sedap tu, bfast roti jala..yum yum..
ReplyDeleteAkak tak pandai menjala tapi selalu kadang buat lempeng je layan dengan kuah kari ayam. Tak pun dengan sambal tumis.
ReplyDeleteMZ tak pernah try masak roti jala ni...fav my boys sgt ni!
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.