Ini kisah hari semalam, kebetulan kami menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu bonda tercinta yang datang berkunjung melawat sebelum kami terbang menunaikan umrah hujung minggu ini. Saya masak serba ringkas saja cuma nasi briyani, kambing masak briyani, ulam jelatah timun bersama nanas. Air asam tomato dan juga ayam goreng berempah. Sebagai pelangkap meja makan saya hidang juga buah-buahan segar buat kudapan semasa berbual kosong.
Kebetulan masih musim manggis dan pulasan, dan ada limau mandarin jenis kecil juga sebagai penyeri meja makan, alhamdulillah.
Terima kasih bonda susah payah datang berkunjung padahal dah jumpa beberapa minggu lalu.
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.