Ini kisah hari semalam, kebetulan kami menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu bonda tercinta yang datang berkunjung melawat sebelum kami terbang menunaikan umrah hujung minggu ini. Saya masak serba ringkas saja cuma nasi briyani, kambing masak briyani, ulam jelatah timun bersama nanas. Air asam tomato dan juga ayam goreng berempah. Sebagai pelangkap meja makan saya hidang juga buah-buahan segar buat kudapan semasa berbual kosong.
Kebetulan masih musim manggis dan pulasan, dan ada limau mandarin jenis kecil juga sebagai penyeri meja makan, alhamdulillah.
Terima kasih bonda susah payah datang berkunjung padahal dah jumpa beberapa minggu lalu.
.jpg)
8 Comments
Semoga dipermudahkan segala urusan utk ke Umrah dan sepanjang berada di sana.. alhamdulillah bonda dtg menziarahi..
ReplyDeletebaru jugak makan pulasan baru2 ni. musim sekarang banyak dijual merata tempat.
ReplyDeletesedapnya buah2 tu...wah LM nak pi umrah lagi...
ReplyDeleteMasyaAllah, rezeki musim buah memang terasa serinya 🍊✨ hidangan ringkas tapi lengkap, tambah pula buah-buahan segar memang sedap sambil borak. Mesti bonda seronok, semoga dipermudahkan urusan sebelum berangkat umrah 🤍
ReplyDeleteMasyaAllah, rezeki musim buah memang terasa serinya 🍊✨ hidangan ringkas tapi lengkap, tambah pula buah-buahan segar memang sedap sambil borak. Mesti bonda seronok, semoga dipermudahkan urusan sebelum berangkat umrah 🤍
ReplyDeletememang sekrg musim buah2an tempatan jugak kan...MZ ada nak buat entry psl buah-buahan hahhaha
ReplyDeleteSemoga dilancarkan segala persiapan untuk umroh nya kak 🤗🤗
ReplyDeleteMacam² LM masak ya untuk bonda tersayang.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.