Batuk memang boleh buat kita tak selesa, lagi-lagi bila batuk tak berhenti. Kadang-kadang tak perlu cara rumit pun — cukup dengan bahan semula jadi yang ada di dapur. Kebetulan ada sebiji nanas di rumah, saya nak cuba buat jus nanas. Orang kata bagus untuk bantu legakan batuk.
Nanas mengandungi enzim bromelain yang sering dikaitkan dengan sifat anti-radang dan bantu cairkan kahak. Sebab itu jus nanas selalu disebut sebagai salah satu petua semula jadi untuk batuk dan sakit tekak.
dah masak ranum nanas saya ni
Cara buat pun senang:
-
Kupas dan potong nanas
-
Blender bersama sedikit air
-
Boleh minum begitu sahaja atau tambah sedikit madu untuk rasa lebih sedap
Minum jus nanas segar ini 1–2 kali sehari, terutama waktu siang. Rasanya manis masam dan menyegarkan, memang sedap diminum ketika tekak rasa tak selesa.
Nota kecil: Elakkan minum berlebihan jika perut sensitif atau ada masalah gastrik.
Petua tradisional seperti jus nanas ini boleh dijadikan ikhtiar tambahan untuk melegakan batuk secara semula jadi. Mudah, jimat dan guna bahan yang memang ada di rumah. Kalau batuk berlarutan atau makin teruk, sebaiknya dapatkan nasihat doktor.
%20(1).jpg)
.jpg)
11 Comments
Nanas juga banyaaak manfaatnya. Diminum begini pun sedaaap. Kalau dah manis, tak payah tambah madu atau gula. Sukaaa sangat. Walaupun saya lebih sering makan langsung
ReplyDeleteCie tak makan nenas sejak pernah kena sakit lidah bila makan nenas terus la tak makan sampai sekarang.
ReplyDeletesedapnya nanas...tapi, tulah, nk kupas tu.. malas nya
ReplyDeleteni antara my fav drink la selain orange dan tembikai
ReplyDeleteMak akak pun pernah beritahu.. hilangkan batuk dengan makan nanas. Katanya lepas makan nanas tu batuk akan kuat lama kelamaan ia akan hilang. Akak belum pernah buat lagi.
ReplyDeleteNanas memang paling sedap, apalagi kalau lagi panas-panasnya. Dibuat jus nikmat lah sangat
ReplyDeleteKebetulan memang tengah batuk ni. Kena cari nanas la dulu. Makan saja pun saya suka jugak.
ReplyDeleteBaru tahu, jus nanas boleh legakan batuk. Terima kasih atas perkongsian, LM. Saya baru buat air rebusan bunga cengkih, madu dan lemon untuk suami, sebab dia batuk tak baik-baik.
ReplyDeletePak Zain tengah batuk..memang dia makan je buah nanas ni..suruh buat jus dia x nak plak...
ReplyDeleteOoooo baru tahu.... Insyallah boleh cuba kalau batuk nanti.. terima kasih sharing tips.. 😎👍🏻
ReplyDeleteNanas berkhasiat..alhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.