Orang kata tips tak mau bagi batuk, kena makan aiskrim setiap hari. Betul ke? Bila mula terasa sakit tekak je terus cari aiskrim. Katanya tips ni menjadi. Maka, Sejak dari di Madinah sampai la di Mekah ni memang kami belanja aiskrim kat budak berenam ni setiap hari. Tapi setakat ni tips tu berkesan la untuk kami. Sakit tekak mula datang terus hilang bila telan aiskrim.
gelagat si bongsu sedang buat pilihan nak 3 scoop aiskrim paling disukai
(dia seorang je pilih cup yang harga SAR25, hai la anak tak muak agaknya makan aiskrim)
Tapi, korang percaya tak? si kecik ni makan aiskrim bukan sehari sekali. Dia ni pantang nampak kedai aiskrim memang akan minta. haha. Kalau kena lori yang jual tu harga SAR5 okey la lagi, kena yang SAR10 tapi aiskrim kon kecil redha je la terutama jika pergi di tempat tumpuan ramai seperti di masjid-masjid bersejarah.
Harini last makan aiskrim siang hari. Esok(Rabu) dah mula berpuasa dah di sini
Ini antara aiskrim yang jadi kegemaran, kami beli di restoran Zaitoon di Madinah. Perisa caramel dan tiramitsu dia sedap. Mango tu saya tak minat sangat tapi budak ni suka je.
Doakan kami sihat dan dapat dipermudahkan jalani ibadah puasa mulai esok ye.
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.