Makan Aiskrim Setiap Hari



Orang kata tips tak mau bagi batuk, kena makan aiskrim setiap hari. Betul ke? Bila mula terasa sakit tekak je terus cari aiskrim. Katanya tips ni menjadi. Maka, Sejak dari  di Madinah sampai la di Mekah ni memang kami belanja aiskrim kat budak berenam ni setiap hari. Tapi setakat ni tips tu berkesan la untuk kami. Sakit tekak mula datang terus hilang bila telan aiskrim. 

gelagat si bongsu sedang buat pilihan nak 3 scoop aiskrim paling disukai
(dia seorang je pilih cup yang harga SAR25, hai la anak tak muak agaknya makan aiskrim)

Tapi, korang percaya tak? si kecik ni makan aiskrim bukan sehari sekali. Dia ni pantang nampak kedai aiskrim memang akan minta. haha. Kalau kena lori yang jual tu harga SAR5  okey la lagi, kena yang SAR10 tapi aiskrim kon kecil redha je la terutama jika pergi di tempat tumpuan ramai seperti di masjid-masjid bersejarah.

Harini last makan aiskrim siang hari. Esok(Rabu) dah mula berpuasa dah di sini

Ini antara aiskrim yang jadi kegemaran, kami beli di restoran Zaitoon di Madinah. Perisa caramel dan tiramitsu dia sedap. Mango tu saya tak minat sangat tapi budak ni suka je.

Doakan kami sihat dan dapat dipermudahkan jalani ibadah puasa  mulai esok ye.  




Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamdulillah..sambut puasa di tanah suci...selamat berpuasa LM

    ReplyDelete
  2. Kalau tekak boleh terima ok jer.. Selalu juga makan aiskrim masa di sana.. bawa kids kena la bagi makan aiskrim selalu hihii

    ReplyDelete
  3. Ada juga dengar, ubat sakit tekak, makan aiskrim. Seronoknya dapat berpuasa di sana. Semoga LM sihat-sihat saja seisi keluarga.

    ReplyDelete
  4. Sejukkan tekak bila makan aiskrim tu kurang la rasa perit tekak. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  5. Alamak..sedapnya SA tgok aiskrim tu....nasib hari ni puasa...

    ReplyDelete
  6. Cuaca sejuk..angin menampar nampar ..ada mentari tapi angin menampar badan..Di Madinah lagi sejuk ..cuaca panas sejuk ..pada yang Umrah pasti ada rasa tekak kering dan perit..kena minum Laban agar segar dan terhindar dari perit tekak..Sebagai usaha elak batuk atau demam..

    ReplyDelete
  7. Imun kanak-kanak ni still kuat ..ada family ada anak ikut..tak batuk tau..luar biasa..

    ReplyDelete
  8. rindu la plak nak mkn aiskrim kat sana...masa MZ gi umrah zmn dulu2...time tu musim panas...lagi lah terasa sedap sgt2 mkn benda sejuk time panas2

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.