Sa’i: Niat, Cara & Amalan Semasa Umrah
Sa‘i ialah ibadah berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Ia merupakan rukun umrah dan mencontohi pengorbanan serta tawakal Siti Hajar dalam mencari air untuk Nabi Ismail AS.
Niat Sa‘i
Niat dilakukan ketika berada di Bukit Safa sebelum memulakan sa‘i.
Niat di dalam hati:
“Sahaja aku bersa‘i umrah tujuh kali kerana Allah Ta’ala.”
📌 Tidak wajib dilafazkan, memadai niat dalam hati dengan penuh kesedaran.
Syarat Sah Sa‘i (Ringkas)
-
Dilakukan selepas tawaf yang sah
-
Bermula di Safa dan berakhir di Marwah
-
Cukup 7 kali (Safa → Marwah = 1 kali)
-
Dilakukan dalam kawasan Mas‘a
-
Menutup aurat & menjaga
Cara Melakukan Sa‘i
-
Mulakan di Bukit Safa
-
Menghadap Kaabah (jika kelihatan)
-
Bertakbir, bertahmid dan berdoa
-
-
Berjalan ke Bukit Marwah
-
Lelaki disunatkan berlari-lari anak di kawasan lampu hijau
-
Wanita berjalan seperti biasa
-
-
Sampai di Bukit Marwah
-
Berdoa dan berzikir
-
-
Ulang sehingga 7 kali
-
Safa → Marwah = 1
-
Marwah → Safa = 2
-
Berakhir di Marwah (kali ke-7)
Bacaan & Doa Semasa Sa‘i
📌 Tiada bacaan khusus yang wajib.
Amalan yang digalakkan:
-
Zikir:
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar
-
Selawat ke atas Nabi ﷺ
-
Doa hajat peribadi
-
Doa di Safa & Marwah
📖 Doa ringkas di Safa & Marwah:
“Allahumma’ghfir warham, innaka antal-a‘azzul-akram.”
Hikmah & Pengajaran
-
Mengajar tawakal dan usaha
-
Mencontohi kesabaran Siti Hajar
-
Ibadah yang menyatukan jasad dan hati
Tips Praktikal Sa‘i
-
Minum air secukupnya (boleh minum air zamzam).
-
Jangan tergesa-gesa, fokus pada ibadah.
-
Jika letih, boleh berhenti seketika di tepi laluan duduk je di situ. Aircond pun kuat memang selesa je kalau rehat di tepi.
-
Kami mula sa'i dalam jam 9.30 malam. Dalam 10.30 baru selesai. solat sunat dan tahallul semua pukul 11 malam juga kami mula pulang ke hotel dan baru nak mencari makan malam untuk alas perut dan isi tenaga walau mata dah nampak bantal je masa tu. Tak dapat bertemu dengan blogger Etuza yang berada di tanah suci juga kerana kami lewat sampai dan beliau sekeluarga dah nak pulang ke Tanah Air tengah hari tadi. Sebelum subuh mereka dah tawaf Wada , tawaf selamat tinggal maka kena jaga pantang larang yang sepatutnya
-
-
.jpg)
4 Comments
Semoga dimudahkan urusan umrah LM sekeluarga..aamin
ReplyDelete7 pusingan nampak simple tapi tak sama bila ada di situasi sebenar.. semoga dipermudahkan segala urusan .
ReplyDeleteSubahanallah..rupanya 15hb Feb kamu sai 'e ya..kami 15.2 buat tawaf wada di depan kaabah , kami lima orang..
ReplyDeleteAllahumma yassir
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.