Tips Tauhu Tahan Lama & Tak Cepat Rosak
Beli tauhu satu pack 10 keping kadang rasa nak mudahkan urusan tak perlu keluar kerap ke kedai dan harganya lebih murah tapi selalu terbazir kerana tauhu rosak di simpan lama walau dalam peti sejuk.
1️⃣ Jangan Biarkan Dalam Air Asal Terlalu Lama
❌ Air plastik asal cepat berbau
✔ Keluarkan tauhu sebaik sampai rumah
Rendam Dalam Air Bersih & Simpan Peti Sejuk
✔ Susun tauhu dalam bekas bertutup
✔ Tuang air bersih sampai tenggelam
✔ Simpan dalam peti sejuk
👉 Boleh tahan 3–5 hari
📌 Tukar air setiap hari (ini paling penting!)
Rebus Tauhu Sekejap (Cara Paling Berkesan)
✔ Rebus tauhu 2–3 minit
✔ Sejukkan & simpan dalam bekas bertutup
✔ Isi air bersih dan masuk peti sejuk
👉 Cara ni boleh tahan hingga seminggu
Bekukan Tauhu (Untuk Simpan Lama)
✔ Potong ikut saiz guna
✔ Masuk dalam bekas / ziplock
✔ Simpan dalam freezer
👉 Tahan 1–2 bulan
📌 Tekstur jadi sedikit berongga, sedap untuk masak sup & sambal
Tanda Tauhu Dah Rosak
❌ Bau masam
❌ Berlendir
👉 Jangan guna walau nampak “ok”
6 Comments
Jarang beli tauhu takde orang makan. Kalau nak masak nasi ayam penyet beli sekeping terus masak je.
ReplyDeleteMZ tak pernah beli tauhu mentah..biasanya beli yg dh siap masak jer (as lauk pauk)..dan baru jer reti mkn tauhu...tu pun tak suka sgt sbb tak biasa hahaha
ReplyDeleteLinda suka tahu.. terima kasih info nya LM
ReplyDeleteTuhlaaah, pernah juga beli tahu, tp terlalu lama simpan, jadi masam. Itu sebelum saya paham cara menyimpan yg benar
ReplyDeleteSA suka tauhu..macam-macam cara boleh diolah untuk jadi sedap..selalu 10 ketul.x cukup kalau nak makan ramai2 kat rumah..
ReplyDeleteSy selalu beli tauhu goreng ja
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.