Bengkak-Urat Halus


Harini kena warded sebab esok pagi ada prosedure kena buat, maka harini siap-siap buat line, drip masuk air untuk persiapan esok. Belum apa apa dah bengkak tangan kanan dan kiri. Cucuk kali ke -4 baru berjaya masukkan branula. Urat jenis halus memang bertabah je la tiap kali nak masukkan branula. 

Dah setahun ni bila check up ada darah dalam urine saya.Mula tu ingatkan ada jangkitan kuman tapi bila dah on antibiotik tetap tak hilang. Dah check cara lain tetap tak nampak penyebabnya, dan pilihan terakhir doktor nak pastikan penyebabnya dengan buat ct scan yang masukkan dakwat contrast tu. Kena drip contrast tu ikut line yang dah buat ni. Moga tiada sel kanser dijumpai , debar dan sangat takut sebenarnya. huhu.Walaupun memang ramai pesakit autoimmune ada darah sikit dalam urine mereka tapi doktor tetap risau selagi tak pastikan dengan ujian ni.

Persediaan sebelum masuk dakwat harini kena drip air, hari lepas buat prosedure ni kena terus drip agar banyak kencing nak keluar buang dakwat tu dari badan dan sehari lepas buat pun kena drip air juga sebelum Khamis check darah tengok buah pinggang dah okey atau tidak sebelum dibenarkan pulang. Doakan saya ye korang. 



Post a Comment

4 Comments

  1. shafakillah. Allahumma yassir. MZ doakan yg terbaik utk LM..aamiin

    ReplyDelete
  2. Aduhaiiiii semuga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan ye. Risau kan bila doktor tak tahu apa penyebabnya.

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya baik2 aje sis...Amin

    ReplyDelete
  4. Allah...semoga LM terus kuat ye...SA doakan LM cepat sembuh...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.