Jauhi Orang Narsisistik Demi Kesihatan Mental


gambar: sumber google

 Narsisistik ialah gangguan mental (NPD) yang dicirikan oleh rasa penting diri yang ekstrem, obsesi terhadap kejayaan atau kecantikan, atau kelebihan diri mereka dan kurangnya rasa empati terhadap orang lain. Mereka ni sentiasa rasa diri mereka lah yang tersangat betul, tersangat pandai dan tak akan pernah terima pendapat atau pandangan orang lain malah mereka juga merendahkan orang lain kerana rasa diri mereka saja yang hebat.

Andai kita mengikut saja macam lembu cucuk hidung dah terlihat bodoh di mata mereka memang mereka suka sangat lah, sebab kita adalah objek untuk mereka melepaskan tekanan, amarah dan segala emosi kepada kita. Jika dibantah, dipersoal mereka akan anggap kita sebagai ancaman dan mula menuding jari mencari kesalahan kita. 

Orang NPD ni perlu dijauhi demi kesejahteraan mental kita. Mereka tidak boleh dibawa berbincang kerana mereka sentiasa betul. Tak akan rasa empati jika melihat pasangan menangis akibat terluka dengan kata-kata kesat, maki hamun dari mereka kerana pada mereka selayaknya pasangan tu menerima amukan, makian itu kerana buat salah atau mencari sebab berlaku pergaduhan atau provoke mereka. Puncanya dari pihak lain, bukan dari mereka kerana orang NPD sentiasa merasa diri mereka betul tak pernah salah. 

Penting bagi kita untuk menggalakkan dan mendidik ana-anak kita  nilai-nilai empati, saling menghormati, dan hubungan yang sihat agar tidak terbentuk menjadi seorang NPD dimasa akan datang. 

Orang narsisistik ni tak akan minta maaf andai buat salah atau melukakan hati orang. Mereka ni akan minta maaf jika ada tujuan tersendiri yang perlu dicapai. Takda manfaat memang dia ignore je perasaan mangsanya. 

Mereka tak pandai mengawal emosi. Dari baik-baik berbual jika tersilap cakap atau salah kata-kata(mungkin mereka yang salah faham) akan meletuskan kemarahan mereka. Hadap lah kata-kata kesat dan makian mereka jika terus mahu berdampingan dengan mereka sampai kamu sakit mental dibuatnya.

Penyakit ni boleh dirawat tapi mereka tak pernah merasa diri salah macam mana mereka nak dapatkan terapi dan rawatan? Maka hanyutlah mereka dengan perangai puaka tu sampai ke liang lahat dan merosakkan emosi insan insan tersayang sekeliling mereka. Pasangan dan keluarga pastinya sangat terkesan dan menderita menghadapi pengarangai mereka tapi kerana sayang masih bertahan setia di sisi menjadi objek/ tempat amukan, makian dan bahan pelepas emosi dan tekanan mereka sepanjang hidup. 

Post a Comment

0 Comments