Jauhi Orang Narsisistik Demi Kesihatan Mental


gambar: sumber google

 Narsisistik ialah gangguan mental (NPD) yang dicirikan oleh rasa penting diri yang ekstrem, obsesi terhadap kejayaan atau kecantikan, atau kelebihan diri mereka dan kurangnya rasa empati terhadap orang lain. Mereka ni sentiasa rasa diri mereka lah yang tersangat betul, tersangat pandai dan tak akan pernah terima pendapat atau pandangan orang lain malah mereka juga merendahkan orang lain kerana rasa diri mereka saja yang hebat.

Andai kita mengikut saja macam lembu cucuk hidung dah terlihat bodoh di mata mereka memang mereka suka sangat lah, sebab kita adalah objek untuk mereka melepaskan tekanan, amarah dan segala emosi kepada kita. Jika dibantah, dipersoal mereka akan anggap kita sebagai ancaman dan mula menuding jari mencari kesalahan kita. 

Orang NPD ni perlu kita dijauhi demi kesejahteraan mental kita. Mereka tidak boleh dibawa berbincang kerana mereka sentiasa betul. Tak akan rasa empati jika melihat pasangan menangis akibat terluka dengan kata-kata kesat, maki hamun dari mereka kerana pada mereka selayaknya pasangan tu menerima amukan, makian itu kerana buat salah atau mencari sebab berlaku pergaduhan atau provoke mereka. Puncanya dari pihak lain, bukan dari mereka kerana orang NPD sentiasa merasa diri mereka betul tak pernah salah. 

Penting bagi kita untuk menggalakkan dan mendidik ana-anak kita  nilai-nilai empati, saling menghormati, dan hubungan yang sihat agar tidak terbentuk menjadi seorang NPD dimasa akan datang. 

Orang narsisistik ni tak akan minta maaf andai buat salah atau melukakan hati orang. Mereka ni akan minta maaf jika ada tujuan tersendiri yang perlu dicapai. Takda manfaat memang dia ignore je perasaan mangsanya. 

Mereka tak pandai mengawal emosi. Dari baik-baik berbual jika tersilap cakap atau salah kata-kata(mungkin mereka yang salah faham) akan meletuskan kemarahan mereka. Hadap lah kata-kata kesat dan makian mereka jika terus mahu berdampingan dengan mereka sampai kamu sakit mental dibuatnya.

Penyakit ni boleh dirawat tapi mereka tak pernah merasa diri salah macam mana mereka nak dapatkan terapi dan rawatan? Maka hanyutlah mereka dengan perangai puaka tu sampai ke liang lahat dan merosakkan emosi insan insan tersayang sekeliling mereka. Pasangan dan keluarga pastinya sangat terkesan dan menderita menghadapi pengarangai mereka tapi kerana sayang masih bertahan setia di sisi menjadi objek/ tempat amukan, makian dan bahan pelepas emosi dan tekanan mereka sepanjang hidup. 

Post a Comment

9 Comments

  1. sikap individu dan susah kot nak ubah..the best thing, avoid jer if obvious sgt pe'elnya

    ReplyDelete
  2. minta dijauhkan diri kita dari mereka ni kan.. seeraammm hehee

    ReplyDelete
  3. Terbaca kat threads suami syida melvin adik beradik syatilla isteri sam tu ada NPD ni. Nak bercerai dah. Bahaya juga penyakit ni.

    ReplyDelete
  4. Kena berhati-hati dgn orang narcs, paling selamat cepat2 jauhkan diri & tidak melayan kemahuan mereka.

    ReplyDelete
  5. Tepat sekali dan saya setuju sangat sebab saya pernah alami sendiri bekerja dgn manusia NPD.. Memang mental broke down, teruk. Alhamdulillah sekarang saya bebas dari cengkaman dia..

    ReplyDelete
  6. Kalau kita kata dia sakit mental emm memang mengamuk le sebab dia kata dia waras padahal sifat dia tu juga merupakan simpton sakit jiwa.

    ReplyDelete
  7. Pernah hadap..nasib baik x berjodoh dengan dia...legaaa...mintak dijauhkan la manusia narcissistic ni...

    ReplyDelete
  8. ini kesalahan saya yg saya sesaliiii sangat.. tak pandai menilai orang.. pernikahan saya yg pertama gagal sebab si ex NPD.

    sebenarnya sebelum nikah pun dah ada banyak tanda2nya, tapi saya saja yg buat tak tahu ... tiap jalan dengan dia saya harus menunduk, tak boleh liat depan kiri kanan.. pernah sekali saya tak sengaja lihat samping saat naik motor dengan dia.. trus dia marah sangat, menuduh saya lihat lelaki lain.

    sampai setelah nikah makin menjadi posesifnya... sampai saya kuliah di Penang, berkali2 saya dituduh curang dari dia, sebab saya tak jawab telp dalam dering pertama.

    dan ternyata terbukti dia yg selingkuh ketika saya msh study kat penang. setelah ketauan, dia pula yg marah, dan bilang semuanya salah saya.. krn saya tinggalkan dia.

    hahahahahha, memang bodoh sangat saya saat itu. di situ mata saya lgs terbuka. saya lgs ajukan divorce melalui lawyer papa.

    alhamdulillah dapat pengganti yg jauuh lebih waras. saran saya utk siapapun yg dpt spouse NPD, tinggalkan! jangan ragu. ssebab mereka tak akan sembuh

    ReplyDelete
  9. Kadang kita perlu bersabar dalam menghadapi berbagai habit manusia kan..berdiam diri adalah amalan yang memberi rasa tenang dan selamat dari orang yang tak baik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.