gambar: sumber google
Narcissistic Personality Disorder (NPD) memang terkenal dengan sifat kedekut atau berkira. Jangan hairan mengapa mereka tidak memberi hadiah, wang dan sebagainya untuk menghargai pasangan seperti orang lain kerana mereka tiada sifat empati, kasih sayang pun dalam diri mereka. Tapi jangan hairan jika di luar mereka sangat pemurah dengan orang sekeliling.
Mereka akan memberi kepada pasangan atau keluarga untuk orang luar nampak wah, hebat dia ni. Mampu belikan itu ini kepada pasangan demi pandangan orang luar kepada diri mereka . Mereka tak perna
Narh ada perasaan ingin menghargai insan yang sayang mereka.
Mereka cuma akan memberi jika ada kepentingan. Andai ada buah hati yang tak pernah memberi tu baik perhatikan betul betul, adakah mereka pemarah , takda empati, perangai lahanat punyai ciri-ciri NPD? dah la kedekut, mulut macam puaka. Run adik! Run! jangan terjebak dengan orang sakit mental macam ni.
- Hanya Beri Jika Ada Pulangan: Mereka memberi bukan kerana ikhlas atau kasih sayang, tetapi untuk mendapatkan perhatian, pujian, atau rasa berkuasa.
- mereka lebih memilih bersedekah tiap hari belanja staff atau orang sekeliling biar nampak pemurah dan disukai, disanjung dan dianggap baik dan dipuja puji dari beri insan yang menyayangi mereka.
- Guna Wang Sebagai Kawalan: Mereka sering menggunakan wang untuk memanipulasi, mengawal, atau menghukum pasangan/orang sekeliling.
- hati-hati tentang ini. Lebih baik elakkan daripada hidup dalam penderitaan makan hati berulam jantung berdepan sepanjang hidup dengan orang NPD ni .
- Tiada Empati: Mereka susah berbelanja untuk orang lain kerana bagi mereka, keperluan diri sendiri adalah yang paling utama (rasa kepentingan diri berlebihan).
-mungkin jika orang normal nak jumpa buah hati akan bawa buah tangan atau hadiah. Paling tidak beli makanan kesukaan seperti aiskrim, coklat .Beri hadiah hari jadi kepada isteri atau bawa ole ole buat anak jika balik dari kerja yang jauh tapi mereka ni tak akan buat begitu sebab takda kepentingan untuk mereka.

2 Comments
Ya betul. Cabut sebelum terjebak dengan orang yang macam ni
ReplyDeleteMintak jauhkan dari orang macam ni dalam kehidupan kita semua
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.