Aku perlu sediakan diri untuk menjalani pembedahan pemindahan kornea. Seperti kata doktor, jika ada penderma mata aku akan dibedah secepat mungkin. Esok pagi pembedahan akan dilakukan. Menggunung harapan aku agar dapat melihat semula. Aku pasrah jika mata aku akan buta selamanya. "Syafiq dah bersedia?" mama bertanya. "Dah" jawabku lemah. Esok pagi saat yang mendebarkan. Mama penguat semangatku. Tanpa sokongan mama pasti dah lama aku rebah. Aku juga sentiasa berfikir yang baik-baik saja.
Selesai pembedahan.
"Syahmi, rehat lah ye nak, mama pulang dulu. Nanti esok mama datang semula." mama dah nak pulang. Aku di tunggu oleh ayah kerana mama menunggu aku sejak dari semalam. Sejak petang semalam hingga malam ni tak putus-putus kawan aku datang, aku bersyukur kawan-kawan tak pernah lupakan aku walau aku tak sempurna seperti dulu. Ayu sorang saja yang tak jenguk aku. Ish, lagi-lagi Ayu ..Ayu, Ayu.
Seminggu di wad buat aku bosan dalam diam. Aku hanya jalani kehidupan seperti biasa di sini. Ternyata menghuni hospital swasta tak menjanjikan pelawat hadir 24 jam. Mereka pun ada tugas sendiri. Aku ingat aku tak bosan bila kawan boleh datang sesuka hati. Bosan juga aku di sini. Tapi, kalau nak tau...aku tercuit dengan kelembutan seorang gadis yang bekerja di sini. Nurse yang selalu merawat aku. Suaranya lembut dan manis sekali. Dia rajin berbual dan bertanya khabarku. Aku yakin pasti lembut wajahnya. Nama Haida, gadis dari pantai timur. Tak la sepi sangat aku kat sini kalau takda pelawat. Haida rajin layan aku berbual, gelak bersama dan tolong kupaskan buah untuk aku juga.
Pembedahan pemindahan kornea ni alhamdulillah berjaya dan aku telah dapat melihat semula. "Haida, esok saya dah nak balik." "Ye, Haida tau, dengar mereka cakap tadi." balas Haida lembut. "Nanti dah tak jumpa lagi ek? Syahmi dah tak datang sini lagi, dah tak ingat la nanti pada Haida." Haida mula berbicara. Aku memandang wajah gadis di depan aku. Aku berpeluang menatap wajah seseorang lagi rupanya. Allah beri peluang aku menatap sebuah wajah gadis yang menyejukkan hati. Haida berkulit putih merah, berbibir comel bagai ulas limau, bermata cantik,bertahi lalat manis di dagu kanan. Senyuman Haida manis dan nampak ikhlas sekali. Setiap tutur kata yang dia keluarkan amat lembut dan agak berhati-hati dikeluarkan. Dia nampak sangat menjaga batas pergaulan dan tutur kata bila berbicara.Aku terpaku sekali lagi pada seorang gadis dalam hidupku. Ayu? entah ke mana buah hatiku pergi...tapi tiba-tiba Haida datang mengetuk pintu hatiku. Aku takut perasaan aku pada Haida akan lebih jauh dan akan menyakitkan aku dan Haida juga nanti.
"Syahmi, menung apa tu? Dah tak sabar nak balik ye? Jemu ye jumpa Haida hari-hari?" Haida seakan jauh hati bila aku termenung tadi. Dia tak tau aku termenungkan dia..hehehe. "Ops, maafkan saya, saya fikir nanti dah keluar wad pasti tak dapat borak dengan Haida. Nak hubungi aida macam mana ye?" aku buat-buat bertanya. Sebenarnya nak minta nombor telefon aku malu...hehe. "Uik, syahmi nak minta nombor telefon Haida ke? sebenarnya Haida nak bagi dari tadi, tapi malu pula nanti dikata pipi tersorong-sorong." kata Haida sambil menulis nombornya di kertas lalu menghulurkan kepadaku.
Aku sambut dengan senyuman meleret. Terus saja aku save dalam telefon bimbitku. Risau buatnya tercicir susah pula aku nak cari nombor Haida kembali." Haida nak habiskan buat kerja, syahmi rehatlah. Nanti esok sebelum Syahmi pulang Haida datang ye?" haida pergi sambil senyum manis. Nipis saja senyumannya tapi sangat manis dan nampak sopan. Pertama kali aku jumpa gadis yang nampak sungguh melayu. Sopan dan sangat menjaga tutur bicara. Arghhh aku seperti jatuh hati. Aku capai handphone lalu mendail nombor telefon Haida." ello..siap ni?" ak dengar suara Haida. " Ello, boleh cakap dengan cik Haida?" aku berlakon. Haida kan tak tau nombor telefon aku. Saja aku nak usik dia. " Ye Haida ni, siapa ni ye...saya sedang kerja ni, boleh bagi tau siapa ni?" nampak sangat Haida takmau melayan panggilan yang dia tak kenali.
"Saya pesakit nombor 33, wad 4. Boleh tolong datang sini? Saya rindu nak tengok senyuman cik Haida..hahaha" aku tergelak kuat tak sanggup aku nak main-mainkan Haida lagi. " hihihi..." aku dengar Haida tergelak. Terus dia matikan talian. Alamak, dia marah padaku? jika dia marah mengapa dia tergelak tadi. Tapi kenapa dia tak teruskan perbualan? tak pula dia datang padaku. Busy agaknya...tapi tak pula dia cuba hubungi aku walau dah tamat waktu kerja. Haida marah bila aku sebut rindukan senyumannya ke? aku serba salah... Aku pula dah jadi gila bayang. Sebelum dapat melihat pun aku dah terpikat dengan Haida, dah dapat menatap wajahnya lagi aku terbayang-bayang. Haida marahkan aku?
******
Entah jam berapa baru aku terlelap. Baru jatuh kasih pada Haida tiba-tiba dia seakan tak suka aku bila kejadian petang semalam. Kekasih hati hilang tanpa pesan entah apa yang berlaku aku pun tak pasti. Esok juga aku nak ke rumah Ayu nak tau apa masalah Ayu sampai terus tak bertanya khabar tentang aku. Jika perpisahan yang Ayu inginkan mengapa dia tak jumpa aku walau sekali? Pening aku nak fikir, Ayu? Haida? malas aku nak fikir banyak.
Nurse macam biasa sibuk jam 8 pagi. Time agihkan sarapan, siapkan fail maklumat sebelum doktor datang melawat pesakit. Bayang Haida tak kelihatan. Setahu aku dia bertugas pagi ni. Mana dia? Biasanya dia akan lawat aku dulu, tapi ke mana dia ye? "Haida tak kerja hari ni?" aku cuba bertanya pada nurse yang mengambil bacaan tekanan darah aku. " Haida ada hal sikit, lewat sikit katanya" balas nurse tu sambil tersenyum. Manalah Haida? aku tertanya-tanya. Dari jauh mama dah senyum lihat aku. " Mama, morning..."aku hulur tangan sambil salam mama."Assalamualaikum anak mama sihat? nampak berseri-seri saja?" mama mengusik. " Waalaikummussalam mama, sihat je mama. Macam biasa. Cuma perasaan gembira dapat melihat tu terpancar agaknya." jawabku sambil senyum pada mama.
Aku mula sibuk mengemas baju dalam beg dengan dibantu oleh mama. Banyak juga barang aku di sini rupanya." Assalamualaikum, dah siap kemas?" aku tersentak dengar suara yang aku rindu. aku berpaling . Ye, memang itu suara Haida...dia tersenyum manis padaku. Mama dan Haida bersalaman dan berbual mesra. Aku sibuk mengemas dan cuma beri ruang pada mereka berbual. Segan pula aku pada mama nak borak lebih-lebih dengan Haida."Saya ada sesuatu nak beri pada Syahmi. Harap ia bermanfaat. Terimalah walau tak seberapa." Haida menyerahkan bungkusan padaku. Aku sambut pemberian Haida dengan rasa terharu. "Maaf saya takda apa nak bagi pada Haida" aku ucap ikhlas. "Takpa, itu tanda persahabatan kita. Saya ikhlas memberi tanpa minta balasan pun." kata Haida sambil memuncungkan mulutnya. Alala..comel betul 'muncung itik' Haida tu. Aku rasa Haida ni walau pemalu tapi manja orangnya. Bila dia agak merajuk atau jauh hati dia suka buat muncung bibir. Tergelak aku tengok muncung dia tu.
"Syahmi terus nak balik rumah atau nak pergi rumah Ayu dulu, pasti rindu pada Ayu kan?" mama memecahkan sepi. Haida berpaling memandang mama. Aku kelu tak tau nak jawab apa. " Err...saya pergi dulu ya, ada banyak kerja, saya masuk lewat hari ni." Haida bersalaman dengan mama dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Aku pandang sampai hilang bayang Haida, dia tak menoleh langsung kepadaku. Aku mula rasa tak sedap hati, putik kasih mula muncul pada Haida. Tiba-tiba aku teringat Ayu...ye Ayu. Aku dan Ayu dah berjanji ingin bernikah. Tiba-tiba kemalangan itu memutuskan hubungan kami. Akan aku cari Ayu agar pertanyaan dalam hati aku ni terjawab. Haida pasti tertanya-tanya siapa Ayu. Aku resah menanti reaksi Haida terhadapku selepas ini.
bersambung....
9 Comments
Haida...Ayu...
ReplyDeletehurmm..yang mana akan terus ada dalam hati syahmi..
update lagiiiiiiiiiii
ReplyDeletehttp://wanwidget.com/
ReplyDeletepertama kali sampai sini
bravo!
ReplyDeletenak lagi!hihi
awak...cepatlah sambung. tak sabar nk tahu kesudahan samaada ayu ke haida? dan kenapa dengan ayu..ilang ingatan ke
ReplyDeletetakyah la. haida kan ada. ngeh2.. :P
ReplyDeletealaaaaaa pulak dah... kak sambung cepat..hihihihi
ReplyDeleteakak, cepat2 sambung yer (setia menanti) or dh tak nak sambung lagi erk ??
ReplyDeletemana kak.. sambungan cerpennya?
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com