LATIHAN KUMON

 Assalamualaikum


Dah tidur ke tu?

Malam ni  anak bertiga ni ada tuisyen kumon, balik saja terus LM minta mereka buat 1 set dulu sebab mereka dapat 3 set untuk hantar semasa kelas Isnin hadapan. Bila cuti hujung minggu ummi busy, anak pun busy berehat, liat sikit mereka nak buat latihan. Selalu sangat last minute terpaksa siapkan pada hari Ahad malam Isnin. LM pula jenis malas nak mengadap kerja last minute. Suka siap sehari sebelum supaya tak kalut.



Syahim tekun siapkan set yang kedua. Kalau siap ni senang, esok terus buat set terakhir. Sabtu Ahad boleh rest. 



Aish juga sedang gigih siapkan set ke 2. Walau baru 6 tahun Aish lah yang selalu siap paling awal antara mereka 3 beradik. 


Time malam camni tak berapa busy, sempat la mengadap anak berdua ni buat latihan. Nanti cuti sekolah nak layan drama lah malam- malam, biar mereka buat latihan siang hari. Hehe, berangan Je dulu. 



Post a Comment

4 Comments

Warisan Petani said…
Latihan mengasah minda
Cuya said…
All the best adik2 buat kerja!
Moga berjaya dunia dan akhirat.. Aamin <3 <3
Mama Zharfan said…
Terbaekk làaa.sgt bagus if kita biasakan anak2 buat latih tubi gini..MZ do the same for my razeen..beli buku mathzier then buat latihan tu everyday cuma kdg2 termiss jugak laaa..tgk mood razeen🤣
fanny_dcatqueen said…
Baguuus caranya kak. Dulu papa saya pun macam itu. Sekarang dengan anak2 saya malah tak bisa konsisten latih mereka tiap hari 😔. Padahal math memang butuh latihan saja.