ALAS HARUM, BALI

 Assalamualaikum


Hai hai semua. LM nak share pengalaman bawa anak ke Alas Harum. Disebabkan ada yang minta nak tengok gambar lebih besar, nah! Besar kan LM tepek gambar. Hehe


Alas Harum ni salah satu tempat yang LM sangat suka di Bali. Cantik sangat view dia. Tenang Je. 


Pertama kali pergi sebelum ni memang dah suka tempat ni. Maka, menang dah niat kalau datang lagi ke sini wajib bawa anak ke sini juga. 


Budak tak sihat ni moody sikit bila ajak bergambar



Ada kolam renang. Orang kita sibuk bergambar, mereka tak heran nak bergambar. Syok berendam saja. 



Cantik kolam renang dia 

Buat buat nak bergambar, sebenarnya dah nak patah pinggang letih berjalan naik turun tangga. Haha. 

Kakak dan Acha

Siapa suka naik basikal boleh try ni. 


Kakak dengan Syahim. Punya la susah nak bawa syahim naik atas ni. Ummi sendiri pun takut tinggi, memang seram juga nak pimpin naik kan Syahim ke sini. 




Nak naik buai? 

Anak burung baru menetas. Eh! 

Kami berlatar belakangkan teres padi. 


Melepaskan lelah di tangga. Haha, masa ni baru dapat naik ke atas. Meredah hujan yang semakin lebat. Tinggi lagi nak naik sebenarnya. 



Akhirnya kami terperangkap basah kuyup di kawasan demo pembuatan kopi luwak ni. Lama juga kat sini. 


Last last staff bagi kami bertiga baju hujan. Dapat la gerak ke surau jumpa diorang yang lain. Mereka berhenti di surau solat sekejap tapi terus terperangkap dalam hujan lebat. 

Nasib kami kurang baik, hujan la pula bila jadual kami ke sini. Tapi bagus juga, tak la panas sangat bila kami sampai tu memang dah mendung dan sedikit renyai renyai. Cumanya kesian syahim la, dari tak berapa sihat terus makin teruk keadaan dia sebab terkena hujan. 


Post a Comment

4 Comments

LadyBird said…
Alhamdulillah, nampak jelas.. cantiknya sis.. mcm kat kampung agung di kedah pun ade jugak ..
adnil linda said…
moga Syahim beransur sihat....
ehh, seram pulak naik naik beskal atas tu
Mama Zharfan said…
perfect for OOTD!!! so nice
Alas harum juga fav saya 😍😍. Trakhir kesana ngopi2 saja dengan suami. Memang cantik tempatnya. Bikin refreshing lihat aneka hijau. Sempet nak coba ayunan nya, tapi akhirnya saya coba di tempat lain. Krn yg alas harum ini dah mainstream 😂. Tapi ttp best untuk hangout