Assalamualaikum.
Cuti sekolah, rugi tak ambil peluang bercuti dengan anak - anak. Walau cuti anak anak yang besar ni tak sama, sempat juga kami curi masa cuti walau sekejap.
Kami terbang ke Bali malam tadi. Flight malam pukul 10. Memang tau la sampai lewat. Masa kami booking ticket ni anak kedua masih belajar di Unisel. Ikut jadual dia la. Konon ha is kelas dia gerak balik dan kami kejar flight malam. Tapi, bila dia dah belajar di politeknik ni, memang takda arah nak pusing. Kami ikut jadual asal, dia pula flight malam ni. Tadi selepas kelas pagi dia berkejar terus balik dari Perak menuju ke KLIA 2.
Saat melabuhkan punggung dalam flight adalah saat paling bahagia. Nak rehat sementara tunggu sampai. 3 jam, lama juga tu dapat rehat.
Anak bongsu ni, seperti biasa. Dia lah yang akan kira berapa hari lagi nak naik kapal terbang. Walau nak ke Langkawi yang dekat tu, dia la paling teruja. Ni pula ke Bali. Teruja sangat la dia sebab 2 tahun lepas ummi pergi tak bawa dia.
Si sulung, kemain happy lagi la. Apa tak nya, baru habis exam Rabu lepas.
Jalan ni, reward untuk Acha juga. Alhamdulillah lagi 1 muka nak hafaz juzuk 27. Doakan ye.
Ke dua bongsu ni pun sama teruja.
Ni saat beratur selepas turun dari flight. Hello BALI.
Ramai sangat walau flight lewat malam. Kami sampai pukul 1 lebih pagi. Siap itu ini dua lebih juga baru gerak ke Hotel.
Pukul 4 pagi baru lelap. Eh tau tau jam bunyi 5.30 pagi seperti biasa. Haha . Terkebil kebil la bila bangun macam biasa.
Nanti share kisah kami di Bali ni ye.
6 Comments
wah..bestnya. tak sabar nak baca sambunbgan. saya teringin nak ke Bali
ReplyDeletehappy holidayyyy. memang much awaited moments utk anak2 (err termasuk mak2 jugakkkk) insya Allah my lil family pun akan bercuti jugak tp kena tunggu zharfan cuti panjang nanti sblm masuk main campus
ReplyDeleteSelamat datang di Bali, moga liburannya menyenangkan ya.
ReplyDeleteselamat bercuti kepada semua...
ReplyDeleteHappy holidaaaay kak LM 😍😄. Semoga liburannya bersama anak2 menyenangkan sampai akhir di Bali 🤗. Kalo dah liburan sekolah , memang paling happy mereka kalau bisa traveling jauh kan ☺️.
ReplyDeletewaahhh LM bawa anak-anak holiday ke Bali! cepat hapdet sis LM! hehe
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com