AYAM GORENG ALA KFC

 Assalamualaikum


Ini Diary Ramadan semalam. 

Sebelum berangkat ke sekolah Syahim tanya, ummi ada beli ayam? 


Bila ditanya dia teringin nak makan apa. Dia kata nak KFC. Okey lah, ummi buatkan ayam goreng ala KFC. Tahun ni melayan anak kecil 7 dan 9 tahun berpuasa jadi kurang beban fikiran nak memikirkan menu berbuka. Tanya saja mereka nak makan apa. Selesai masalah. 



LM guna tepung goreng brand Bin Chef. Biasanya beli yang hot and spicy. Rasa ayam tu ala ala ayam goreng mekdi. Sedap korang! 

Tapi kali ni LM guna yang original. Tak pedas sebab puasa, tak mau la anak sedang lapar makan pedas sangat. Tepung tu agak pedas di tekak anak kecil tapi sedap. Nyumss. 

Cara goreng sama saja macam korang biasa buat tu. 

Mula mula ayam tu LM akan perap dengan sikit tepung tu. Gaul sikit merata biar meresap ke dalam isi ayam. 

Ambil seketul, celup dalam adunan tepung tadi. Angkat dan celup dalam air biasa. Toskan air tu dan salt lagi sekali dalam tepung ayam goreng tadi. 

Tepung, air dan tepung. Haa gitu lah kaedahnya. Nak salt 3 kali? Terserah. Lagi tebal la tepung dia nanti. Takda hal. 


Seperti biasa, mana sempat snap gambar masa berbuka. Ini pun LM snap semasa lepas isya' syahim nak makan kali kedua. 

Sebaiknya ayam tu potong la besar sikit jika plan nak buat ayam ala kfc ni. Tapi yang ni LM tak plan pun, ayam beli 3 ekor semasa ke pasar pudu Sabtu lepas memang minta potong 14 kalau tak silap. Nak nampak ala ala kepci minta potong besar sikit okey! Eh ayam kepci besar ye? Lupa dah, lama boikot kan? 

Coleslaw :
Kobis
Carrot
Sikit bawang besar
Sikit garam
Mayonis secukupnya
Sikit gula
Sikit susu segar

Parut semua bahan. Gaul rata dan sejukkan. Jika suka moist letak la lebih susu segar tu. Suka kering, tak payah letak pun tak apa. 






Post a Comment

3 Comments

Puan Hazel said…
Begitulah mak² kan, seboleh mungkin raikan permintaan anak². Masak sendiri lagi puas makan kan... Nak ulang² makan pun boleh...
LadyBird said…
menu yg mudah dan simple.. yg penting berkhasiat.. semoga anak2 dpt berpuasa dgn baik.. ameennnnn
fanny_dcatqueen said…
Jadi ingat anak saya nak ayam crispy juga. Tapi belum buat2 😅. Saya pun dah tak nak beli KFC dan McD. Prefer beli fried chicken local

Tapi teringin juga buat sendiri. Cari tepung yg sedap dulu. Pernah pakai salah satu brand, saat jadi Masin sangat. Makanya nak cari brand lain