Assalamualaikum. Ini Diary Ramadan hari semalam. Hero kecil tu teringin nak makan ayam goreng ala kfc untuk berbuka puasa.
Okey lah, ummi buatkan ayam goreng ala KFC. Tahun ni melayan anak kecil 7 dan 9 tahun berpuasa jadi kurang beban fikiran nak memikirkan menu berbuka. Tanya saja mereka nak makan apa. Selesai masalah.
Saya guna tepung goreng brand Bon Chef. Biasanya beli yang hot and spicy. Rasa ayam tu ala ala ayam goreng mekdi. Sedap korang!
Tapi kali ni saya guna yang original. Tak pedas sebab puasa, tak mau la anak sedang lapar makan pedas sangat. Tepung tu agak pedas di tekak anak kecil tapi sedap di tekak kita. Nyumss.
Cara goreng sama saja macam korang biasa buat tu.
Mula mula ayam tu saya akan perap dengan sikit tepung tu. Gaul sikit ayam tu bersama tepung dan sedikit air. Biar merata meresap ke dalam isi ayam.
Ambil seketul, celup dalam adunan tepung kering tadi. Angkat dan celup dalam air biasa. Toskan air tu dan salut lagi sekali dalam tepung ayam goreng tadi.
Tepung, air dan tepung. Haa gitu lah kaedahnya. Nak salut 3 kali? Terserah. Lagi tebal la tepung dia nanti. Takda hal.
Seperti biasa, mana sempat snap gambar masa berbuka. Ini pun saya snap semasa lepas isya' syahim nak makan kali kedua.
Sebaiknya ayam tu potong la besar sikit jika plan nak buat ayam ala kfc ni. Tapi yang ni saya tak plan pun, ayam beli 3 ekor semasa ke pasar Sabtu lepas memang minta potong 14 kalau tak silap. Nak nampak ala ala kepci minta potong besar sikit okey! Eh ayam kepci besar ye? Lupa dah, lama boikot kan?
Coleslaw :
Kobis
Carrot
Sikit bawang besar
Sikit garam
Mayonis secukupnya
Sikit gula
sedikit serbuk lada hitam
Sikit susu segar
Parut semua bahan. Gaul rata dan sejukkan. Jika suka moist letak la lebih susu segar tu. Suka kering, tak payah letak pun tak apa.
3 Comments
Begitulah mak² kan, seboleh mungkin raikan permintaan anak². Masak sendiri lagi puas makan kan... Nak ulang² makan pun boleh...
ReplyDeletemenu yg mudah dan simple.. yg penting berkhasiat.. semoga anak2 dpt berpuasa dgn baik.. ameennnnn
ReplyDeleteJadi ingat anak saya nak ayam crispy juga. Tapi belum buat2 😅. Saya pun dah tak nak beli KFC dan McD. Prefer beli fried chicken local
ReplyDeleteTapi teringin juga buat sendiri. Cari tepung yg sedap dulu. Pernah pakai salah satu brand, saat jadi Masin sangat. Makanya nak cari brand lain
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.