Assalamualaikum.
Dua hero kecil ni haritu ada tanya, tak ada bunga api ke?
Maka, pakji beli la sikit buat dia main. Malam selepas beli tu tak dapat main sebab tak ada minyak untuk pasang pelita. Malam semalam nak main si bongsu ni tidur pula. Syahim dan Syafiq saja yang main. Tu pun gigih LM minta Syafiq keluar temankan Syahim main.
Malam tadi Aish teruja la nak main sebab dah 3 4 hari menunggu.
Aish takut api. Syahim yang bakarkan, kemudian baru pas pada adiknya.
Aish dah berani Bakar sendiri.
Syafiq pun join sama.
Dulu zaman LM kecil, ada bunga api yang batang besi tu. Yang tu lawa percikan api dia cuma sangat bahaya sebab besi dia panas, kalau tak jaga boleh melecur kaki/ jari.
9 Comments