BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY

 Assalamualaikum


LM baru mula buat biskut raya. Biskut raya ni sebenarnya bonus saja. Kalau mood rajin nak buat tu datang, ada la. Kalau tidak, tak ada pun tak mengapa sebab LM dah beli keripik dah haritu. Untuk tetamu memang kami hidang keripik dan kekacang saja. Biskut raya ni untuk anak anak. Buat makan sendiri. 



Biskut ni resepinya mudah. Bahan pun tak banyak. 


Bahan:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1cawan cornflakes ramas kasar
200 gram butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur

Caranya: pukul butter dengan gula gunakan senduk. Masukkan telur, baking powder, tepung jagung dan tepung gandum. Kemudian masukkan cornflakes yang telah diramas kasar. 

Masukkan dalam piping bag atau bulanan doh. Salut dengan cornflakes yang telah diramas. 

Bakar 170 degree selama 15-20 minit. 

Biskut akan lembut apabila panas. Setelah sejuk ia akan rangup. 

Asing untuk mak punya. Nak bawa balik kampung


Sedap rangup. Biskut ni kegemaran LM semasa kecil dulu. Zaman tu buat pakai tudung periuk saja. Bakar berjam buat 1 adunan pun. Zaman ni Bakar 2 tray sekali gus. Cepat dan mudah. Alhamdulillah.

Bagi yang terkenang biskut nostalgia ni boleh la try resepi mudah ni. 

Post a Comment

5 Comments

mama tisya said…
sedap ni...pernh buat dlu2
adnil linda said…
linda suka juga nie..tgok lah nanti tahap kerajinan tu deat skala berapa...kikiki
Puan Hazel said…
Macam senang je ni, boleh ajak gegirls buat ..
Tq LM šŸ‘
Mama Zharfan said…
my fav ni...tp MZ tak pernah try buat laaaa...tak berapa confident gitu hahha
Cuya said…
Sedap biskut ni.. tapi Cuya tak rajin buat..
rajin beli je ehehehhe