BILA MAKNYA TAK SIHAT

 Assalamualaikum


Salam Isnin semua. 



Alhamdulillah siap dah anak bongsu ni nak ke sekolah kebangsaan. 


Anak manja sorang ni bila ummi tak sihat pandai pula dia berdikari. Siap makan bila balik dari kafa terus mandi tanpa banyak cerita. Buku kemas sendiri, semua sendiri. Tapi, bila ummi sihat nak suruh mandi pun kena ulang 10 kali baru dia gerak mandi. Huhu. 


Entah virus apa menyerang. Badan ni tak sihat sebelum raya Haji lagi. Makin melarat selepas raya Haji. Dengan sakit kepala, seram sejuk satu badan, batuk selsema. Biasa sampai terasa bagai sesuatu mencucuk hingga ke tulang. Rasa sakit tu macam kena covid. 


Pakji ajak ke klinik, LM rasa malas nak jumpa doktor sebab tak larat nak duduk. Duduk lama pun rasa tak larat. Makan Je la ubat yang ada setiap 5 jam camtu. Tak sampai 6 jam dah mula sejuk satu badan, hurmm..

Kalau covid pun kena makan ubat demam juga. Sama Je. Malah, Sakit hidung ku kena jolok. Malas la. 


Kalau tak okey juga ke hospital Je kot, ada juga la ubat lain antibiotic nak drip ke apa ke, buat masa ni malas nak cari ubat sebab sangat tak larat. 

Post a Comment

11 Comments

  1. sy pon baru baik demam ni..
    musim org xsihat kot..

    semoga cepat sihat! =)

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh..take care!

    ReplyDelete
  3. Pandai dia berdikari 👍
    Cuba minum air kelapa LM...

    ReplyDelete
  4. Cepat sembuh..memang seprtinya lagi musim flu dan batuk, radang tenggorokan juga...syukur ananda bisa melakukan sendiri ya.

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh tau..

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh ya....

    ReplyDelete
  7. Dah lama tu jadi kena jumpa doktor. Macam-macam sekarang ni.

    ReplyDelete
  8. Cepat sehat kak 🤗. Banyak istirahat dulu, dan banyak minum air hangat. Biar tenggorokan tak gatal. Pandainya si adik yaa, tahu mama dia lagi sakit jadi bisa mandiri 🤗

    ReplyDelete
  9. Samalah... Kalau tak suruh beberapa kali mmg tak mandi la anak2 bila balik sekolah.. huhuu.. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. syafakillah...
    hari ni macam mana?
    dah okey sikit ke?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com