CENDAWAN MEKAH@CENDAWAN MUD MUD

 Assalamualaikum


Hai Semua. 

Maaf lambat bersiaran harini. Masih tak sihat, batuk teruk sampai rasa susah nak bernafas. Kalau berdiri lama terasa macam nak pitam. 


Ini kisah semalam, parcel yang di kirim dari Ipoh dah selamat sampai. Kirim an dari sahabat Facebook. Dia bagi LM cendawan mekah atau nama lainnya cendawan mud mud kalau tak silap LM. Cendawan ni disimpan dengan bancuh an air teh O dan di peram dalam 10-14 hari katanya, selepas tu boleh di minum air tu untuk tujuan kesihatan. 


Air nya dipanggil Kombucha. 

-Kaya dengan Probiotic untuk seimbangkan kesihatan usus.

- antioksidan 

- immunity system : membunuh bakteria berbahaya

Selain itu katanya air Kombucha ni bagus untuk pesakit asthma. Sebab tu LM bersungguh nak memiliki cendawan ni sebab 3 anak di rumah ni ada asthma. 



Ni dia. Besar rupanya. Oleh kerana LM tak ada bekas kaca yang besar, terpaksa letak dalam bekas plastik yang beli kuih bahulu dulu sementara nak cari bekas untuk dia.


Jika ada yang tau pasal cendawan ni share la. LM tak pandai jaga dan tak tau sangat, harap dia elok hidup agar kami sekeluarga dapat manfaat dari nya, aamiin. 


Bau dia macam cuka apple . Haha..harap mampu telan la sebab apple cider vinegar pun kena telan air liur berkali kali baru LM boleh teguk setiap pagi. Hehehe. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Moga memberi manfaat untuk kesihatan. In Syaa Allah ada kesan baik dan penyakit athma akan berkurangan.

    ReplyDelete
  2. tak pernah dgr plak psl cendawan ni....

    ReplyDelete
  3. Tak pernah kenal cendawan ni...
    Minum airnya ye LM?
    Moga² berhasil 🤲

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com