Assalamualaikum
Sambungan kisah jalan jalan cari makan kami ke Betong.
Selesai rehat sebentar, anak - anak dah buat lawatan muhibah ke 7Eleven terus kami gerak keluar untuk mencari makan malam.
Kami lepak tepi jalan sementara menanti pakji parking kereta.Plan nak bergambar di sini, tapi tak jadi. Terlalu ramai rakyat Malaysia berebut dinding ni untuk bergambar. Hehe
Kami plan nak makan di restoran NAN. Tapi dia tutup awal sebab habis stok barang basah katanya akibat diserbu Rakyat Malaysia. Jam 5 lebih dah tutup dah.
Anak- anak diperkarangan masjid.
Ada ambulance ( yang warna kuning) datang. Seorang Jemaah lelaki sakit tiba tiba terlentok rebah di tiang masjid. Moga dia tak ada apa apa yang serius. Sihat kembali. Aamiin.
Selepas makan malam, kami tapau pulut ayam bawa balik hotel dan pakji singgah beli durian untuk makan sebelum balik bilik. Durian termasuk musang king masih belum gugur banyak. Harga sekitar rm15 sekilo. Kira mahal lagi la di Betong ni. September tahun lepas kami dapat harga sekitar rm6 sekilo. Masa tu dah berlambak. Huhu.
Misi memborong durian di Betong gagal. Kami meneruskan misi memburu durian ke Batu Kurau keesokan harini.
Anak soleh sorang ni walau dia kata dah kenyang, dia larat lagi layan nasi Kaomok/nasi komok dan pulut ayam.
Mereka main di bilik ummi sampai mata dah terlalu mengantuk. Selesa katanya, padahal semua bilik rupa sama Je. Sengaja la tu nak berkepit dengan ummi. Bilik dia jauh sikit dari bilik ummi. Bilik maisarah saja dekat, elok sebelah bilik kami.
Bakul pertama hasil yang disambar oleh anak - anak
Ada yang tak biasa beli burger di 7Eleven keliru dengan brand burgernya.
Double check ye tanda HALAL Jika tak kenal brand yang HALAL. Brand CP biasanya menjadi buruan warga Malaysia jika ke sini. Jangan lupa minta petugas situ tolong Panaskan jika kita nak makan terus burger tu. Tapi biasanya pekerja tu akan tanya, nak makan terus atau bungkus bawa balik. Jika seorang beli 20 bungkus ke atas, jangan terkejut bila turn kita dah tak banyak pilihan. Jika shopping awal pagi InsyaAllah banyak lagi stok.
Jika rindu nak makan, beli saja di shopee. Ada yang jual online sekitar rm7. 90 ke rm10 mengikut jenis.
Untuk LM sama juga aiskrim kelapa. Cuma ya tak mahu ada kekacang, coklat, coklat urai dan lain tu.
Jika terselit pada braces leceh nak pergi gosok gigi sebab dalam kereta.
Nanti LM share kisah ke Batu Kurau pula.
7 Comments
Org kata betong ni byk gak tmpt2 menarik bole pegi... wah kaalu ada rezeki nak jgk drive ke betong
ReplyDeleteBesar jugak masjid dia eh?
ReplyDeletenih memang food hunting travel lah kan LM hehe :)
ReplyDeletecantik gmbr terowong tu...dan sgt lah best part mkn2 tuuuu
ReplyDeletewahhh bestnya LM jalan-jalan Thailand!
ReplyDeleteMenarik juga ya Betong ni untuk dikunjungi.
ReplyDeleteRindu jugaaa saya main ke Thailand 😍😄. Selalunya kalo ke sana dah pasti hanya utk shopping dan wisata kuliner saja. Tak nak yg lain 🤭
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com