BALIK ASRAMA

Assalamualaikum. Bulan puasa ni bila salah seorang ahli keluarga tiada depan mata pasti terasa sebak terutama time berbuka puasa. Dik Ad balik Jumaat lepas sekejap saja, malam tadi (Sabtu)dah kembali ke Behrang sebab ada kerja perlu diselesaikan. Acha pula balik Jumaat lepas tengah hari tadi dah balik semula ke asrama. Sebelum hantar ke PPD naik bas yang disediakan oleh pihak sekolah sempat la LM masak sikit lauk untuk bekal dia. 



Ikan siakap ada seekor. Dapat buatkan dia siakap tiga rasa. Dia nak ekor saja tak mau bawa semua.kuah tu LM asing.nak berbuka nanti dia curah sendiri.

Sempat buatkan kuih buah Melaka sikit . Ada la dalam 33 biji rasanya tadi.


Dua orang anak takda depan mata memang akan terasa sedikit pilu tapi demi menuntut ilmu pasti kena kuatkan hati kan?

Selamat berbuka semua.


Post a Comment

1 Comments

  1. Mesti LM teringat ja anak2 makan apa.. Insya-Allah, yang baik2 je untuk anak2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com