RIDE KE BENTONG-JANDA BAIK

 

Assalamualaikum. 

Salam Sabtu semua 
Harini 2 hero kecil pergi lawatan, last minute join trip tadika lama mereka. Kebetulan cikgu mesej ajak join, maka berjalan la Hora hooray dua hero kecil ummi tu ( tak la kecil, 7 dna 9 tahun dah) ke Wetland Studio, Putrajaya

Bila dua hero tak ada, Adlan pun ada training lompat tinggi pagi tadi maka kami plan ride sekejap ke Bentong. Golek tayar cuci mata sekejap

Dalam pukul 8 pagi camtu kami gerak dari rumah terus tuju lemang Tok'ki 2 untuk bersarapan. Mujur lah kami sampai awal sedikit, masih berbaki dalam 4 meja kosong masa tu. Konon terus ke To'ki 2 sebab tau dah To'ki yang sana sure penuh ramai orang. Jenuh nak beratur dan berebut meja. Rupanya To'ki 2 pun ramai. Sedang sarapan sampai 2 group rider lagi. Laju laju kami makan bagi laluan buat group lain duduk. 

Pakji makan lemang dengan rendang daging. LM pula ambil nasi lemak paru. Untuk bungkus bawa balik beli lemang dan rendang daging juga. 

Kuih buah melaka tu 2 biji pakji yang ambil. Dia pelawa tapi LM tak ambil. Malas nak serabut kelapa terselit celah braces nanti. Huhu

Tapai tu dia ambil 3 bungkus. LM ngap 2 bungkus. Hehe 

Ops ada juga terjumpa geng rider  CRC kami. Dia datang ikut group lain berenam katanya. Tak sempat snap gambar kalut nak makan cepat sebab orang dah mula ramai. 


Siap makan ronda ronda intai durian. Kami stop tepi jalan tanya harga Musang King rm68 tokey tu buka harga. Memang tak beli la, dah syok jumpa murah harga rm15 kat Betong, Thailand haritu dan Rm28 di Simpang Durian, Jelebu 2 minggu lepas. Pusing punya pusing jumpa di Pasar tani rm25 sekilo harga Musang King. Alhamdulillah sesuai harga yang diinginkan. Beli tapau bawa balik.

Nak pusing pasar tani takda mood. Terasa panas membakar kulit. Lagi pun tak ada nak cari petai ke apa sebab stok petai banyak lagi di rumah. 

Memandangkan jam baru pukul 10 lebih, pakji terus ke Janda Baik. Survey tempat lepak dengan anak anak akan datang. 


Plan nak mjnum di cafe Resort Lemuni. Tapi tak jadi sebab agak panas tempat duduk di luar tu. Kami bergambar rakam kenangan dan terus beredar mencari port membasahkan tekak. 


Kami minum di Kopi Ladang. Air orange tu pakji punya. Kopi tu pastilah LM punya. Tu mesin mengisar kopi kan? Maksudnya kopi mereka tu mereka kisar sendiri la kan?

Selepas siap minum terus pusing pusing cari tempat berkelah di cuti mendatang. Full booked sampai pertengahan September  chalet ni. Kalau nak datang juga kena datang pagi tak payah bermalam la kot. Sewa gazebo saja untuk lepak selepas berendam.


 12.40 camtu gerak dari Janda Baik, alhamdulillah pukul 1.15 macam tu kami dah sampai Seri Kembangan. Fuhh letih.

Kami sampai sebelum 2 hero kecil sampai rumah. Terkejut la anak kecil tu tengok ummi dah balik dari ride. 

Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh syoknya sempat ride sekejap riki lokasi utk cuti-cuti dgn anak-anak LM! sejuknyaaa kalu dpt mandi manda musim panassss ni kat Janda Baik tu!

    ReplyDelete
  2. Bestnya!
    Janda Baik, Bentong semua tu mmg port kaki ride la kan... Ada Cg sekolah anak² pun, bila weekend selalu pergi ride belah² situ...

    ReplyDelete
  3. Memang masih sentiasa crowded yer lemang tokki tu..what a good bisnes laaa..ada few times mz try singgah tp tak dpt meja kosong so mcm serik/mls dah

    ReplyDelete
  4. Serunyaa ride jauh seperti ini 😍. Beberapa kali suami ajak saya ride jauh sampai ke Puncak atau Bogor , tapi saya dulu menolak pula. Terbayang kalo kena jammed 🤣🤣. Orang jakarta nih kalo weekend dah pasti ke Puncak mainnya. Itu yg seram , terjebak jammed bisa lamaaaa.

    Nasi lemak parunya keliatan enak kak 😍😍. Tak pernah bosan saya kalo dah bicara nasi lemak 👍

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com