SAYUR SATU BAKUL SERINGGIT

Assalamualaikum. 

Restock barang basah untuk kegunaan seminggu dua. Minggu lepas tak beli barang sebab pulang ke kampung, maka minggu ni perlu beli stok serba sedikit agar mudah nak masak barangnya sudah tersedia. 

Cili besar, cili api merah dan cili api hijau. Dah tercampur, malas pula nak asing tunjuk portion dia. Hehe

1 bakul RM 1 untuk 7 biji ni. Okey la kan? 

beli limau kasturi 1 bakul juga stok untuk buat air atau sambal belacan. 

First time beli dengan nyonya ni, biasanya beli cili tempat lain yang sebakul rm2. Ambil 3 bakul rm5. Tapi bila nampak rm1 pun agak banyak, saja la beli support nyonya ni. 

Biasanya LM memang beli sayur yang dah siap longgok dalam bakul. Ambil 3 jenis baru rm5. Pilih saja nak terung +salad+ kacang panjang atau apa saja sayur pilihan. Terasa lebih berbaloi berbanding beli timbang. Pernah LM beli salad rm8 untuk kegunaan seminggu. Sejak dah jumpa beberapa gerai jual sayur dalam bakul dan harganya murah, terus LM beli yang dalam bakul. Segar dan murah bila beli di pasar Pudu ni. Alhamdulillah. 

Nanti LM tunjuk sayuran harga rm2 pula lain kali ye. 
 

Post a Comment

10 Comments

  1. murah sangat tu.. kitorang dah lama tak ke pasar..jadi dah lama tak merasa beli sayur longgok2 ni.

    ReplyDelete
  2. murah tu, payah nak jumpa harga RM1 sekarang ni kan, kat pasar malam pun paling murah 3 piring RM5

    ReplyDelete
  3. fuhh murah betul tuuuu especially tomato tuuu

    ReplyDelete
  4. Bestnya harga. Mau histeria nak beli sayur apa kalau harga macam ni.

    ReplyDelete
  5. Murahnya!
    Selalu kalau sebekas seringgit ni dekat kg PH boleh la dapat. Dekat SG ni tak jumpa dah :(

    ReplyDelete
  6. Murah betul ni...Pasar Pudu ye LM? bila la SA leh sampai pasar pudu

    ReplyDelete
  7. Syukurnya kalo sayuran di jakarta masih murah juga. Walaupun di luar jakarta lagii murah 🤣. Saya pun biasa stok utk seminggu kak. Sayuran yg lebih cepat layu, saya masak duluan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com