DURIAN

Assalamualaikum. 

Musim durian dah nak di penghujung musim ke? 

LM ada dengar haritu semasa kami ke Batu Kurau di Perak, orang sana kata musim durian ada 5 peringkat kalau tak silap dengar. Sampai Oktober katanya. 

Bila dah seminggu lebih tak beli durian, LM mula la duk sebut ajak incek suami ke Batu Kurau konon nak cari durian. Haha, padahal nak jalan. Kadang beli Je durian di Pekan Seri Kembangan tu berdepan dengan Public Bank. Durian dia harga dan kualiti cun. 

 Petang semalam incek suami hilang sekejap. Tau - tau dia bawa balik durian. Ada durian pelbagai jenis termasuk la 1 bekas tu dia beli durian kampung, yang lain tu ada ioi, D 24 dengan apa ntah. First time beli durian kampung musim kali ni di area rumah kami. Nak try katanya. Biasanya LM tak bagi suami beli sebab isi nipis dan tak sedap. Kalau sesedap dan elok isi tebal macam batu Kurau nak la. Selalu LM kata gitu kat suami sebab kecewa banyak kali durian kampung yang kami beli walau  rm15-rm18 sekilo isi sangat nipis sampai nampak biji. Rugi! 

Ada 1 bekas durian kampung. Alhamdulillah elok pula isi agak tebal walau isinya putih. Dah makan 3 bekas tu baru nak snap gambar. Durian kampung tu suami dan LM saja yang makan, anak makan durian kegemaran mereka. Anak kecil Je yang makan. Kakak diet, tak makan durian. Acha dan Dik ad di asrama. 

Tokey cina tu siap bagi manggis. Alhamdulillah rezeki. Tak pernah lagi beli durian dengan orang tak kenal dapat free buah lain. 

Manggis walau terlalu banyak stok tetap mahal harganya. Rm8 sekilo kalau area kawasan kami ni. Di pasar pudu haritu jumpa rm10 untuk 2 kg. Di Segamat kampung LM masih rm10 sekilo harga manggis. Di kampung lagi mahal, rungut incek suami. Hihi

Last year kami ke Betong, Thailand pada 31 Ogos untuk terjah durian di sana. Bila tengok video kat sana berlaku lambakan
 Durian teringin nak tengok. Betul la, memang berlambak sampai tahap survey harga Je pun dapat durian free 2-3 biji. Tak kira lagi bila berhenti makan ada tokey durian tegur bila borak kata nak datang cari durian terus dia belanja makan durian dari stok atas kereta dia 2 biji terus, ajak makan kat situ. 


Masa tu kami jumpa durian Musang King sekitar rm5 sekilo. Tahun ni tak tau la harga di sana macam mana sebab haritu pergi durian baru mula gugur. Dapat sekitar rm15 sekilo untuk durian King. 

Durian kat negara kita pun dah tak mahal sangat, haritu beli rm 24 kalau tak silap sekilo, lupa rm25 atau RM24 untuk Musang King, ni minggu ni sure harga turun lagi kot? Bila tengok raikan blogger kita Wak durian di kebunnya menjadi, terasa nak jadi anak angkat wak la pula. Hahaha, dapat makan seulas dua di kebun nikmatnya. Kitanya takda kebun. Mak ayah tinggal di perumahan, maka, tak pernah ada pengalaman makan durian di kebun macam tu.


Post a Comment

5 Comments

  1. sedapnya durian! kat my area pun nmpk ada org jual durian ni..ada yg jual direct dari lori/van tu..

    ReplyDelete
  2. Ahad lepas singgah makan durian kampung tepi jalan sebab dah lama tak mendurian. Ada ternampak manggis jugak tapi buahnya kecik2 so kiteorang tak beli.

    ReplyDelete
  3. aah kan dah penghujung rasa kak ana musim durian, rezeki dapat manggis tu LM , hari tu kak ana beli di pasaraya buah manggis sekilo RM5 murah dah sedap isi manis Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Hahahaha memang laaah, hasil kebun WP bikin terliur tiap kali lihat hasil panennya. Beruntung sangaat anak dan cucu WP tiap kesana tak pernah sepi buah2an kan. Sedap dan bagus2 pula

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com