TEMAN UMMI BELI BARANG

 Assalamualaikum.

Selamat tengah hari. Aish dan Syahim cuti KAFA minggu kerana budak tahun 5 exam UPKK. Pagi lagi LM dah tanya dia, nak teman ummi ke NSK beli barang? Ummi nak beli telur. Laju saja dia kata nak. Padahal LM pergi dengan ayah dia, kalau dia tak ikut pun okey saja. Saja la nak bawa dia keluar dan sarapan sekali.



Teman beli telur?

2 trolley ke telurnya? Telur 2 tray saja. Haha. Dah sampai tu kita beli la keledek, kentang, timun, tauhu, nugget yada yadaa semua angkut.


Ayah dia dah ambil kan dia aiskrim mangkuk bulat dia ambil pula kon dan aiskrim mangkuk 4 segi pula. Ambil keropok, air yogurt, coklat beryls sebotol, entah apa la dia ambil sampai ummi pun lupa. Itu pun sampai kaunter dia masih belek itu ini. Last last LM kata kalau aish ambik lagi ayah menangis nanti masa nak bayar(LM gurau saja mengusik dia) baru dia stop melek itu ini.


Bawa dia sarapan dulu sebelum balik rumah. Semasa ayah dia nak bayar sempat lagi dia belek lollipop di kaunter dia tak minta tapi belek belek. LM kata tak payah la dik. Banyak dah jajan tadi. Dia terus jawab ha ye lah. Tapi tak sampai hati pula. Ambil la juga walau ayah dia dah selesai bayar. Kadang tu terhibur lihat telatah anak. Semua benda dia nak bila keluar. Padahal hampir setiap hari ke kedai runcit pun ada juga dia beli itu ini. 


Apa pun orang kata kita ni menumpang rezeki anak. Ye lah, rezeki dia la kan?  Betul juga tu, teringat dulu masa anak kami baru 2 orang nak beli apa pun bercatu. Teringat lagi zaman tu Kalau ke kedai pesan dulu, ambil 2 saja ye. Tunjuk ummi dulu. Kalau tengok harga okey baru kita bagi beli. Sebab tu anak yang besar 2 orang tu kalau barang rosak atau apa saja memang tak pandai meminta minta banding anak yang lain kot? Dah terbiasa sejak kecil berjimat cermat agaknya. 

Post a Comment

8 Comments

  1. yang bongsu kat rumah ni pun sama. ayat dia, dah lama alip tak makan itu, haritu kawan alip ada bagi rasa, mcm sedap. kalau nak bli boleh tak. ehhhh pendek kata suka buat ayat kesian jelah dia ni.

    ReplyDelete
  2. kita ni kalau boleh nak bagi apa saja untuk anak kan LM...sama la macam saya,tak sampai hati nak kata tak boleh

    ReplyDelete
  3. bila anak happy, kita pun happy :) asalkan tak kacau bajet shopping tu

    ReplyDelete
  4. Wah sakan dia shopping hehe...
    Anak² bawa ke kedai rambang juga mata, macam kita juga 😅

    ReplyDelete
  5. Samalah anak dara dua org tu darjah 3 dengan darjah 1.. cuti pagi sebab UPKK tapi ptg ke sekolah kebangsaan. tapi sbb Sek Keb pun tak belajar kita hantar duduk dengan nenek di kmpung :D

    ReplyDelete
  6. sama mcm anak saudara ana yg dua beradik.. mcm-mcm teringin nak dibelinya tiap kali dpt keluar hehe

    ReplyDelete
  7. Gelagat anak bila bawa shopping brg rumah.. anak kita pun mcm2 dia cukai pada kita hahahaha... Kdg2 kalau nak cpt kita beli brg sorang2 .. kalau mmg nk buang msa bru la bawa sekali the kids semua :D

    ReplyDelete
  8. Terkadang memang kita tak tega kan kalo tak belikan. Saya pun begitu kak. Memang anak tak minta. Tp kalo dah lihat dia pegang2 barangnya, tanda teringin lah tu 😄. Ujung2nya, saya belikan juga 😂

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com