Assalamualaikum.
Pagi ni LM buat mee goreng saja untuk sarapan family. Dak Syahim minta mee goreng. LM regukan dengan telur setengah masak. Biasanya mereka ni akan gaul telur tu dengan mee goreng semasa makan. Walau dalam mee dah letak telur mereka tetap akan gaul mee dengan telur setengah masak juga hehe.
LM buat mee goreng simple ala mee goreng acik kantin saja.
Telur tu cuma rebus atas dapur gas. Biar air menggelegak dan kemudian masukkan telur. Set masa 3 minit. InsyaAllah ngam. Pasti kan air tu tenggelam seluruh telur. Jika telur agak besar saiz AA boleh set masa 4 minit. Selepas angkat LM terus rendam dalam air agar proses memasak telur terhenti segera.
Korang sarapan apa tu?
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com