AYAM GUNTING HABIS!

 Assalamualaikum



Kisah Dak Aish si bongsu LM. Kelmarin balik saja dari sekolah kebangsaan dia terus mengadu katanya ayam gunting habis bila dia nak beli. Nampak la sedikit kehampaan di wajah dia.


Walau bawa bekal setiap hari ke sekolah, LM tetap bagi dia duit bekal sekarang ni semenjak kes makanan dia  beberapa orang kawan ambil dia dapat seketul saja ayam goreng yang dia bawa. Risau anak tak kenyang, kena bagi dia kenyang supaya dia  happy. Lagi pula setiap hari isnin dan Khamis dia ada tuisyen pukul 7-7.50 malam. Balik saja dari sekolah kebangsaan terus kelam kabut mandi dan bersiap pergi tuisyen. Selesai solat semua di sana dalam 8.10 malam baru gerak balik(mereka bergilir solat sebab surau nya kecil)


Berbalik kisah ayam gunting, terus LM pujuk dia. Janji akan buatkan dia ayam gunting untuk bekal esoknya(bekal semalam)


Tu yang LM buat untuk dia ayam gunting. Guna bahagian dada ayam dan celup saja tepung bestari+ tepung jagung sikit. Siap!


Ayam gunting di kantin mereka dicucuk dengan lidi. Yang ni LM gunting dan tak bagi lidi. Kadang tu bila bagi makanan ada lidi seram juga. Risau tercucuk kawan atau kawan tercucuk dia. Anak anak kecil ni kalau bergurau bukan beringat sangat. Huhu.


Anak korang suka makan ayam gunting tak? Kalau di pasar malam ayam tu ditabur pelbagai perisa. Mahal juga kalau sini, kadang tu rm7 harga 1 keping dada ayam tu. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Favorite Adik ni. Kalau bole hari² suruh singgah beli ayam gunting kat tmpt favorite dia tu. Sampai kita pun jemu dah... Sini sekeping RM10 :(

    ReplyDelete
  2. terus buat sendiri ye LM , berbaloi sangat kan

    ReplyDelete
  3. MZ guna tepung bestari tu utk goreng ayam jd crispy, tak pernah lg try buat ayam gunting

    ReplyDelete
  4. buat sdiri puas mkn tu

    ReplyDelete
  5. Suka sangaaaat. Tp tuh laah, saya masih harus banyak belajar kalo buat menu gorengan pakai tepung. Ntah kenapa tak pernah benar2 berhasil. Kurang crispy biasanya. Makanya lebih suka beli 😅

    ReplyDelete
  6. Demi anak.. mak nya pun buatkan ayam gunting.. Tmpt saya mahal ayam gunting RM12.00 ke lebih kurang.. Anak2 selalu minta tapi ayah nya jarang belikan hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com