KISAH SEMALAM-SEORANG BALIK JELEBU, SEORANG LAGI BALIK BEHRANG

 Assalamualaikum 

Salam Isnin. 

Kisah semalam, seperti biasa Acha balik bermalam setiap dua minggu. Maka, semalam kami hantar dia ke PPD untuk naik bas pulang ke asrama semula. Disebabkan Jelebu tu jalannya tak berapa okey, memang ibu bapa naik kan anak bas yang di sediakan oleh koperasi sekolah untuk anak naik pergi balik dari asrama. 


Bergambar dulu sebelum Acha naik bas. Ummi bekalkan nasi ayam untuk Acha makan di asrama. 

Selepas hantar Acha, terus menuju ke Behrang. Dik Ad( anak ke 2) dah masuk semester baru. Pendaftaran secara online, maka hanya pergi hantar barang saja di rumah sewa. 

Pelajar semester dua ke atas tidak dapat asrama memandang kan pelajar semester baru terlalu ramai kali ni. 

Kami hantar Azhad ke rumah sewa, terus bawa dia dan kawan serumah makan dulu sebelum kami gerak pulang. 


Kami makan di Restoran Nasi Bamboo saja. Tak sempat snap gambar pun, LM cuma ambil video saja semalam. Crop gambar ni dari video saja. 

Ingatkan nak tengok pekan Behrang sekejap. Eh tau tau banjir. Kira gagal la misi mencari cendol viral di situ. 


Beberapa tempat di tenggelami air. 


Maka, kami singgah saja kedai buah beli sedikit buah untuk bekalan makan sambil layan jammed. Sepanjang perjalanan pergi memang dah nampak pergerakan kereta perlahan pada laluan pulang. 

Beli pulasan , dokong dan pisang lemak manis.

Alhamdulillah walau sedikit jammed tapi dalam sejam setengah camtu sampai juga di rumah. Syukur...


Post a Comment

8 Comments

  1. Banjir ye belah sana.. semalam kat area pontian ni hujan lebat. dah lama juga tak hujan

    ReplyDelete
  2. Kat selangor ni dah mula musim hujan pulak. Alhamdulilah. Kalau tak memang panas sangat.

    ReplyDelete
  3. skrg ni jarang hujan tapi skali hujan walaupun sekejap kan terus banjir...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, a day well spent tu!

    ReplyDelete
  5. tu lah ada beberapa lokasi di kwsn Behrang banjir.. sedap tu mkn di Nasi Bamboo!

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan buah pulasan. Sedapnya.

    ReplyDelete
  7. Waah dah mulai balik anak2 ya kak. Balik sepi rumah 😊. Macam dah masuk musim hujan lagi skr ini yaaa. Beberapa tempat di jakarta pun hujan trutama kawasan selatan. Nasib baik saya di timur. Tak terlalu sering curah hujan.

    ReplyDelete
  8. Nasib banjir dah berlaku awal.. dan tak menjadi mangsa banjir.. Nasi bamboo tu sedap dah banyak kali singgah.. dpt beli buah makan dlm kete seronok tu.. lagi2 pulasan tu.. hihiii..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com