MEJA PING PONG

 


Asalnya kami letak kat depan, tapi kakak maisarah tak pandai parking kereta bila ada meja ni. Semput katanya. Kami takut dia langgar meja ni, laju laju alih ke tepi rumah. Haha

Assalamualaikum. 

Kisah main ping pong ni sebenarnya bermula dengan incek suami. Dia dan rakan rakan kejiranan ni beli meja ping pong dan main di surau lama taman perumahan kami. Dulu surau, selepas  ada masjid tak di gunakan.


Geng kau Adam main ping pong buat pecah peluh sambil berukhwah. Tapi, sekarang ni geng remaja pula main ping pong di sana. Biasanya selepas Isya' anak ke empat LM akan main bersama kawan kawan dia di sana.


Rupa - rupanya, ada yang buat adunan, tak bagi main lagi di sana atas alasan Tiada kawalan dan sebagainya. Padahal kami mak mak ni duk pantau juga geng yang main tu hisap rokok ke tidak, ye la macam Apit kan baru 13 tahun, risau juga kalau dia bercampur dengan geng yang merokok.


Tapi bila tak boleh main lagi memang anak anak ni tak merasa la nak main lagi. Table tu pun dah agak rosak akibat geng buat lemang raya duk potong daun atas tu. Habis calar balas kata encik suami. Ye la, bukan duit mereka pun membeli. Memang tak tak rasa bersalah merosak kan meja tu kan?


Bila dah tak boleh main sana, incek suami ushar meja ping pong untuk kegunaan family kami. Semasa LM balik dari Hospital pada Jumaat lepas mejanya dah sampai. Apit sedang main dengan kawan dia. Entah hari apa meja tu sampai LM pun tak pasti. Cuma nya, order kali pertama kena scam. Orang tu minta duit delivery rm50 dan duit meja tu sebelum hantar tapi incek suami tak mau bayar sebelum terima barang. Maka, cuma bayar rm50 duit delivery. Selepas buat bayaran, terus kena block. Mujur tak bayar harga meja ping pong sekali. Moga kena busung la si scammer tu!


Order dengan seller ke dua, alhamdulillah dapat. Maka, bukan Apit saja main ping pong, dua hero kecil ni pun sibuk main ping pong. Tak cukup dengan tu, Incek suami nak pecah peluh, diajak la puan isteri ni main sama walaupun daku tak reti main. Jenuh asik kutip bola Je. Haha. 


Korang pandai main ping pong? 

Post a Comment

7 Comments

  1. scammer dimana2 skrg ni kan..seram
    kalau saya lagi la agaknya berpeluh kutip bola je

    ReplyDelete
  2. Jahatnya scammer tu ya. Duit org dapat free free je.

    ReplyDelete
  3. Geram betul bab2 scammer tu..

    ReplyDelete
  4. Baca ni teringat meja ping pong dah lama tak buka kat rumah tu.

    ReplyDelete
  5. biasalah kalau kereta tu duk situ mmg akan TERrrrlggar sikiiiiiiit je hehe

    ReplyDelete
  6. Uwaaaaah ini kalo suami kita saling kenal, bisa tiap hari suami saya main pingpong 🤣🤣🤣🤣🤣. Suami saya sering ikut kompetisi pingpong kak. Di rutin latihan setiap Jumat Sabtu Minggu

    Nasib baik tak minta beli meja nya utk taro rumah, Krn rumah kami kecil. Dan yg suka hanya dia 🤣

    Dah berusaha ajak anak2 supaya mau main, tp mereka berdua tak suka.

    Suami juga Alhamdulillah sering menang kompetisi pingpong. Kalo sedang traveling ke luar negara, dia suka bawa alatnya, dan cari komunitas pingpong di negara itu. Trus malamnya main sama. Saya suka Krn sesiapa bisa ikut main walopun foreigners. Last main di luar negara, saat kami di Myanmar, suami seru sangat main dengan orang lokal sana.

    ReplyDelete
  7. Benda baik letak meja ping pong kat surau boleh ajak remaja dtg ke surau.. ada pulak yg bgi aduan.. yg potong lemang atas meja tu smpai calar balar boleh pulak ishh la... Sy pulak yg panas hahahaha :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com