NASI AYAM

 Assalamualaikum

Seorang tu tak mau daun salad. Dia nak. Timun saja. Sambal nasi ayam pun LM tak letak. Ada bungkuskan sup saja. 

Harini dua hero kecil bawa nasi ayam ke  Sekolah Kebangsaan. Kebetulan buat nasi ayam, maka tak jadi la buatkan mereka ayam gunting bekal ke sekolah tengah hari ni. 

Biasanya pukul 10 lebih selepas mereka pulang dari kelas KAFA baru atau 11 pagi baru LM mula memasak, tetapi tadi selepas balik dari beli barang dan bersarapan terus saja LM mula memasak. 


Senang siap awal boleh rest awal sebab LM perlu gerak pukul 1 lebih ke hospital ada appointment dengan doktor petang ni. 


Lagi pula, LM nak hantar nasi ke rumah makcik(jiran belakang). Dia suka nasi ayam. Moga dia cepat sembuh. Pukul 11 pagi LM dah hantar nasi ayam tu. Kalau dia belum mula menasak, boleh saja dia makan terus nasi ayam tu untuk lunch.


Kalian lunch apa harini. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. 



Post a Comment

4 Comments

  1. sedap tu bekal nasi ayam utk ank2...tp biasa bdk2 tk suka sayur...

    ReplyDelete
  2. berkongsi rezeki ye LM dengan jiran, kak ana pun suka nasi ayam, meh anta sebekas meh hehe :)

    ReplyDelete
  3. mr hubby pun semlm request nasi ayam tp MZ dh siap masak nasi putih dan tomyam masa dia bg mesej tu, so tak delah nak masak nasi ayam plak hahahha

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan nasi ayam khas Malaysia begini. 😄.

    Siang ini saya masak yg simple Krn suami tugas luar kota. JD cukup salad dengan balsamic dressing dan ikan bilis sambal hijau ala Padang 😄. Simple saja 🤭

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com