SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

 Assalamualaikum.


Pagi ni kami tak ke mana mana. Baru nak bersiap ke pasar Bornea, plan nak naik motor saja, tapi hujan pula tiba tiba. Kami pelawa si bongsu ikut sekali walau dia tak mau ajak la juga sebab nak pergi naik kereta.


Parking penuh, nampak orang terlalu ramai berbaris. Maka, incek suami saja yang keluar bersama aish pergi membeli kuih penyaram aka kuih cucur jawa dan kek lapis Sarawak.


LM syak ramai orang Borneo pergi ke sana sebab mencari buah tarap dan buah bambangan. Kalau tak silap LM buah ni sedang dalam musimnya.


Plan asal nak cari clbuah tarap, tapi bila tengok terlalu ramai terus malas nak pergi walau hujan dah berhenti. Risau pula nak bersesak sama dengan orang ramai di situ. Kalau ramai tapi tak bergesel bahu LM okey lagi. Tapi bila terlalu ramai terus malas jadinya. Musim terlalu banyak wabak penyakit ni, memang kita tau sendiri diri kita mudah terjangkit, maka sebaiknya elak kan apa yang patut



Kek lapis ada dua kedai saja yang sedap dan kena dengan tekak setakat ni. Yang lain tu tak tepati piwaian tekak ku. 


Kuih yang di cari. Di tepi jalan ada juga sesekali jumpa orang jual. Tapi tak jadi. Keras sungguh kuihnya. Maka kalau nak beli wajib cari di sini. 




Sedap lembut dan bersarang di dalamnya.

Korang ke mana cuti Merdeka ni? Acha balik asrama dah esok, memang tak gerak jauh la kami. Cuma akan sanbut birthday dik Ad yang ke 19 tahun tengah hari ni. Minggu lepas dia ada perlumbaan basikal tak balik sambut birthday. Alhamdulillah 6 anak berkumpul hujung minggu ni, syukur. 

Post a Comment

1 Comments

  1. salam hari kemerdekaan LM! MZ dok rumah jer niii

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com