BUBUR KACANG HIJAU CAMPUR DURIAN


 Assalamualaikum


Petang tadi incek suami bagitau kawan kawan geng ping pong dia jiran sekitar rumah ni nak datang main ping pong. Maka, dia minta LM buatkan bubur durian. LM bagi pilihan serawa durian atau bubur kacang campur durian. Maka, LM buat bubur kacang saja sebab kebetulan pagi tadi memang ada beli kacang hijau. 



Kacang hijau tu LM pun tak sure berapa beratnya, dah siap pack rm4+ sebungkus. Nampak macam sedikit, LM rebus saja semua. 


Bahan:

Kacang hijau- cuci beberapa kali hingga airnya jernih

Santan-LM guna 1 setengah biji kelapa parut dan ambil santannya 

Gula melaka jenis kecil LM guna 4 ketul

Gula pasir - secukupnya 

Sedikit garam anggaran 1/2 sudu teh untuk naikkan lemak

3 helai daun pandan

Durian- jika suka


LM letak air ke dalam periuk berisi kacang hijau anggaran 3 ruas jari+ gula melaka dan daun pandan. Rebus dalam noxxa (pressure cooker) high pressure 15- 20 minit(LM rebus hingga biji kacang tu terbelah supaya elok lembut. 


Kemudian bila dah siap rebus kacang hijau, masukkan separuh dulu durian dan tekan stir fry. LM suka isi during tu hancur bersalut dengan kacang hijau. Dah  hampir hancur isi durian tu baru masukkan lagi durian baki tadi dan masukkan santan kelapa secukupnya. Jangan terlalu cair santan tu ye, nanti tak sedap. Masukkan garam dan sentiasa kacau periuk tu agar santan tidak pecah apabila meruap. Tambah gula pasir jika kurang manis. 


Jika tak mau masak dalam pressure cooker boleh masak atas dapur gas seperti biasa. LM nak cepat tu yang suka guna pressure cooker saja. 

Selamat mencuba. 

Ada orang, suka letak halia di dalam bubur kacang. LM tak suka sebab tak biasa makan resepi sebegitu. Bau halia tu potong rasa. Terus rasa macam makan lauk bukan makan bubur manis. Hehe. Terserah selera masing masing. Katanya halia elok untuk elak kembung akibat dari alahan makan kacang hijau tu. 


Korang suka buat apa jika ada durian? Ni durian yang kami beli semasa ke Batu Kurau Julai lepas. Kebetulan ada stok sebekas besar lagi durian frozen adik ipar bagi haritu, tu yang anak takda dua orang pun relaks saja LM boleh buat bubur. Biasanya, tunggu anak ada semua baru buat makanan yang sebegini. Biar semua merasa. Gitu lah perasaan seorang ibu. 






Post a Comment

0 Comments