BUKU LATIHAN LAMA

 Assalamualaikum.

Di tempat LM ni cuaca mendung saja. Macam dah nak hujan. Tadi tengah hari agak panas, ni macam dah nak hujan 


Oleh kerana pakaian selepas mandi pagi tadi macam sikit sangat nak dicuci, maka LM tunggu anak balik dari KAFA baru cuci baju. Maka, bila lewat cuci, lewat lah disidai. Dah azan zuhur baru sidai baju yang lewat dicuci tu 


Disebabkan pakaian lambat dijemur tadi tak kering lagi, maka tak dapat la nak lipat baju. Biasanya selepas zuhur LM akan lipat pakaian. 


Bila tak tau nak buat apa, maka LM selongkar buku latihan lama Aish yang tak dibuang lagi zaman dia tadika untuk dibuang. Tapi, sebelum buang ada perkara wajib buat agar memudahkan urusan mendatang. 


Apa tu?

Selamat ni, bukan malas nak buang buku lama ni tapi sebab LM perlu belek setiap page dan tengok ada atau tidak gambar yang perlu disimpan. 


Anak anak ni apabila di sekolah rendah selalu sangat minta gambar. Tau tau dah malam dia kata cikgu suruh bawa gambar makanan. Cikgu minta gambar harimau. Haaa... Time tu lah mak kau nak jadi harimau! ( gurau)


Maka, sambil layan mata yang rasa macam sedikit mengantuk, LM Mulakan operasi. 



Perkerjaan. Kena ambil juga ni.


Dah siap gunting, simpan dalam plastik boleh masuk dalam fail. Perkerjaan ke, buah, family apa saja yang rasa akan di perlukan oleh 2 hero kecil ni nanti akan LM gunting simpan. 


Buku tu kemudiannya akan LM ikat untuk incek suami jual dikedai barang lama bersama tong sabun dozze yang dah berlambak kat rumah ni 


Anak korang pernah minta gambar itu ini tak? Kalau dah nak tidur baru minta, rasa nak hilang nyawa pun ada. Hehe

Post a Comment

5 Comments

  1. Ya.. Itu biasa...tapi, dah naik tahap 2 nie.. Kurang dah sikit... Linda pun dalam proses nak mengemas jugak nie... Yang buku2 sek kafa tu nak buat macam mana ya LM?

    ReplyDelete
  2. Sama kita, PH pun simpan lagi buku² PASTI si Adik utk keperluan ginilah... Cuma x serajin LM, siap gunting² simpan gitu hihi...

    ReplyDelete
  3. Razeen kdg2 ada jugak mintak benda2 utk aktiviti seni, last minit mintak..emmm mana yg ada jer lah yg dpt dibawak

    ReplyDelete
  4. Saya pun lihat2 dulu kalo nak buang buku lama mereka. Kalo macam buku tulis, msh banyak halaman kosong, biasanya saya sisihkan, bisa dipakai utk coretan kan.

    Tp kalo baru bilang ada tugas mendadak malam2, itu saya pernah tegaskan, saya tak mau dengar permintaan mendadak. Jadi kalo ada tugas, dan mereka baru bilang malam2 nak tidur, tak akan saya siapkan. Itu konsekuensi mereka supaya belajar disiplin. Pernah sekali, si Kaka. Malam2 nak beli di mana. Semua toko pun dah tutup.

    Tapi sejak itu, dia tak pernah lagi bikin maminya rasa nak meledak 😄. Dia bilang ke papinya, lebih seram mami marah, drpd guru yg marah gara2 tak bawa tugas 😂😂😂.

    Itu paham. 😁

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com