HARI BERTEMU PELANGGAN

 Assalamualaikum


Harini adalah Hari Bertemu Pelanggan di sekolah kebangsaan  dua hero kecil  tu. Mujur mereka masih sama sesi persekolahan. Tak perlu ummi ulang alik pergi pagi dan petang. 






LM pergi kelas Aish dulu. Sebab kelas si Adik bahagian depan. 
Sebelum ni  tempat duduk dia di bahagian belakang, dia minta tukar cikgu tak bagi, alasan cikgu siapa dah pandai kena duduk belakang. Aduhai, kami yang dengar rasa nak menangis sebab alasan tu macam tak diterima akal. Murid lemah dah dipilih masuk kelas pemulihan rasanya sebab haritu cikgu ada bagi list nama murid masuk pemulihan. Mungkin guru nak bagi murid faham tak boleh tukar tempat duduk sesuka hati kot?Tiap hari dia mengadu tak nampak susah nak salin katanya. 

Selepas buat pemeriksaan mata cikgu mesej bagitau keputusan dan terus tukar tempat duduk Aish. Terima kasih cikgu...LM segan nak mesej cikgu minta tukar tempat duduk. Kesian cikgu dah la busy. 



Yeay dah dapat duduk depan. Nanti kita gi check mata ye sayang. Pemeriksaan di sekolah haritu resultnya menunjukkan mata kiri dia yang rosak. 

Menunggu giliran di kelas Aish. 

Untuk kelas syahim dapat giliran nombor 19. Beberapa orang parents ambil masa lebih 10 minit. Jenuh la LM tengok jam cuba anggar pukul berapa fikiran LM pula. 


Ramai. Huhu. 

Akhirnya pukul 3.10 LM terpaksa masuk dan terus cakap pada cikgu nak minta izin ambil anak saja terus bawa pulang. Tak boleh tunggu sebab nak ambil Acha pula bas tiba pukul 4.30 di PPD hulu Langat. Dari sekolah nak ke rumah pun dah berapa minit. Dari rumah nak ke PPD Hulu Langat pun lama juga. Jalan jammed sebab MAHA ditambah hujan lagi. Parking kereta pun jauh sangat. 


Rasa nak gugur jantung berkejar ke sana sini. Huhu.


Terlalu padat jadual bila kena ke sekolah dan ambil Acha balik. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Kena fikirkan satu solusi macam mana supaya pelanggan tak tunggu terlalu lama

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Aish dpt tukar tmpt...semoga baik matanya..

    ReplyDelete
  3. kat kelas razeen pun cg letak budak2 yg pandai/scorer kat belakang..so razeen dh kena duduk belakang last few months lagi..masa awal2 tahun tu MZ memang letak/suruh razeen duduk kat depan

    ReplyDelete
  4. Siap ada no giliran ye? Sekolah anak² PH beratur gitu je...
    Bagus pemeriksaan kesihatan di sekolah skrg, ada tindakan susulan cthnya ada kes anak kawan PH scoliosis Doc suruh rujuk hospital. Ada yg dapat t/janji dgn dietitian...

    ReplyDelete
  5. Oh bagus juga ada dibuat hari pelanggan begini di sekolah. Tapi kalo ramai, jadi takes time juga 😅.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com