Assalamualaikum
LM ni bab nak tetas jahitan memang paling malas.
Kisahnya, jubah seluar brand satu ni best pakai tapi tag brand dia letak di hujung lengan. Besar pula tu. Huhu.
Dah tua tua ni tak suka la pula pakaian ada tulis brand yang sangat besar dan terpampang di hujung lengan. Setiap kali menyuap makanan ternampak la brandnya. Ni kali kedua pakai baju ni. Bila belek album lama, beli dan pakai baju ni Ogos tahun lepas. Ni baru nak pakai lagi dan sempat la nak tetas buang tag brand pada hujung lengan.
Incek suami LM pun jika nak beli kurta dia tak akan beli kurta yang ada lambang atau tag brand terlalu besar pada poket / di bahagian dada. Kadang material dah best, dia mesti bersungut tak boleh ambil sebab tag brand terlalu besar. Hihi.
Biasanya pakaian wanita tag brand di bahagian tengkuk pada bahagian dalam. Kalau kat luar rasa macam waduhhh!
4 Comments
Sama la kita LM, nak beli siap belek tag tu letak mana. Kalau jenis letak kat luar terpapang jelas, malaslah nak membeli 😄
ReplyDeletePengeluar pakaian patut fikir hal ni, nampak kecik tapi bagi impak besar jugak - kurang pembeli. Buatlah promosi cara lain. Dan kalau memang produk mereka berkualiti, orang mesti cari lagi. Tak payah laa letak tag besar kat lengan, hujung baju tu.
Tp memang trend skr ini tag brand banyak dijahit di bagian kain pergelangan tangan 😂. Saya banyak jumpa. Saya pun kurang suka, tp kalo tak terlalu ganggu, saya tak masalah. Cuma kalo jelas dan besar sangat memang tak nak.
ReplyDeletetu la kan suka betul dorg ni jahit brand tag tu kat lengan besar gedabak. betul2 nak marketing tu. btw jemput view blog Cie ada buat GA mehla join :)
ReplyDeletekalau tag kecik ok jer, kalau besar, memang tak selesa la
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com