Assalamualaikum
Pagi tadi kami ada ride ke Sekinchan. Gerak selepas subuh sebab perlu ada di tempat berkumpul di R&R Kundang pada pukul 7. 30 pagi.
Sebab nak gerak awal dan tinggalkan anak, LM masak la dulu malam tadi sebelum tidur dua jenis masakan walau sama Je keduanya berasaskan ayam.
1 ayam masak kicap dan satu lagi ayam masak sambal cili api letak sikit kicap. Pedas manja saja.
Gambar kami semasa berkumpul di R&R.
Disebabkan cuaca agak panas, kami decide terus balik saja selepas bersarapan. Dalam pukul 12 macam tu kami sampai rumah dan dapat teman 2 hero kecil tu lunch, hihi
Ada rezeki InsyaAllah lain kali boleh ke Menara Condong rakam kenangan di sana seperti mereka. Bukan tak pernah pergi cuma tak pernah lagi ride ke sana dan ambil gambar motor di sana.
Hari Ahad, kalau melasak sangat akan terlalu letih untuk beraktiviti pada hari Isnin. Kalau program apa apa pada hari Isnin okey lagi. Balik awal dapat lah buat itu ini sambil santai santai, alhamdulillah.
Nanti korang pasti pelik. Kenapa masak dua jenis masakan dan kenapa tak beli?
Kenapa masak dua jenis sebab Aish ni jenis mudah jemu. Bukan di ajar tapi dia memang tak mahu makan lauk yang sama siang dan malam kecuali lauk yang dia betul betul suka. Jenis cepat jemu kot? Bila ajak makan dia akan kata, ala lauk sama ke? Ni kisah pada hari yang sama bukan kisah perhangat lauk semalam. Kalau LM ada, akan offer dia telur dadar atau apa saja benda yang dia nak, risau kakak tak pandai pujuk dia makan sebab tu masak saja 2 jenis.
Kenapa tak beli?
Semalam dah beli lauk. Dari lunch sampai dinner tak habis pun lauknya walau beli sedikit. Menu yang special kalau beli berbaloi. Sure habis. Tapi kalau setakat lauk biasa anak kurang minat bila beli. Mungkin rasa kurang sama macam ummi masak. Walau hanya ikan goreng selera Je anak anak ni makan jika makanan di rumah sendiri. Maka, lebih baik masak dari beli tapi membazir. Jika ayam penyet, bakso semua tu okey saja kalau beli. Ehh tapi 2 minggu lepas beli ayam penyet pun tak habis. 1 bungkus terbuang. Huhu.
4 Comments
Betul LM, kadang beli lauk siap ni tak kena dgn tekak :(
ReplyDeletebagusnya LM dh masak2 siap mknn utk anak2 tu! terbaekkk
ReplyDeletesama la...kalau nak gi mana2 yg kena tinggal kan anak2, mesti siapkan makan semua.....rasa tenang skt la kan nak tinggalkan tu...kan?
ReplyDeleteKalo yg suka beda menu lunch dan dinner itu suami saya. Tp pada akhirnya dia hrs ikut aturan saya 😂. Berhubung saya yg masak, dan sebenarnya saya tak suka cooking, JD sebisa mungkin menu simple, dan tak mungkin lunch dan dinner beda 🤣. Pilihannya dia beli di luar atau tak makan 😄😁
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com