NURSERY

 Assalamualaikum


Salam Ahad semua. 

Pagi ni terasa malas nak kayuh sudip untuk buat sarapan. Maka, selepas anak berdua balik mengaji pukul 9 lebih terus kami ke kedai untuk bersarapan. Rezeki tak baik harini, roti canai tak sedap. Liat dan kering kurang minyak walau yang membuatnya orang yang sama. Air pula dapat teh panas kurang manis supar kelat pekat likat di tekak. Tak tertelan rasanya seperti teh untuk orang cirit birit( petua cirit -birit). Tukang buat air kedai tu dah tukar pekerja baru. Semenjak bapa (tokey asal kedai ni) meninggal terus tak ramai orang. Semakin tak sedap roti canainya. Adalah anak taukey minta penebar roti canai kurangkan minyak? Kering sungguh rasa roti canainya. Macam capati la pula.huhu. Tak tau apa punca rasa tak sedap dan ditambah rasa air pun teruk terus banned kedai ni. Tak datang lagi dah kot lepas ni.


Selepas sarapan terus ke nursery cari tanah untuk tanaman dalam pasu. Konon nak rawat hati yang sakit sebab makannan tak ngam tekak tapi ada anjing la pula di situ sibuk nak join tengok pokok. Kita ni sejenis takut anjing. Terus masuk kereta tak dapat intai pokok bunga nak paw incek suami.



 Plannya nak cari pokok bunga raya atau rose beberapa pasu tapi hampa. Hurmm


Korang ada projek apa harini? 

Post a Comment

0 Comments