REVIEW BRACES

 Assalamualaikum

Salam Sabtu 


Pejam celik, dah setahun rupanya LM pakai braces self ligating ni. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Setiap bulan merana bila ketatkan atau pasang power chain. 


Alhamdulillah harini LM set appointment pagi sebab memang nak buat dengan 'tokey 'nya sendiri. Doktor Hafifi empunya klinik tu sendiri sebab semasa pasang tu dengan dia dan dah selesa dengan dia. Sejak beberapa bulan baru baru ni Doc Hafifi ni cuma ada pada hari Sabtu sampai Selasa saja. Rabu sampai Jumaat doc ganti sebab Doc Hafifi dah mula mengajar pada hari yang dia tak ada tu.


Hari terbaik buat appointment adalah hari cuti Sabtu Ahad atau Isnin petang, risau jika set hari Selasa kot la ada masalah terus tak boleh anjak lagi perlu tunggu hujung minggu pula.

Apa yang LM suka braces jenis ni, walau terasa fuh sakitnya, tapi proses dia tarik gigi tu pada LM memang sangat cepat. Gigi taring bahagian kiri dan kanan LM keduanya tumbuh menghala ke dalam. Dia boleh tarik ke ke depan debar is dengan gigi lain dalam masa tak sampai 2 bulan. Kalau tak, sebelum ni gigi tu memang akan nampak macam rongak bila kita senyum sebab dia menghala ke dalam dan akan kerap tergigit lidah bila makan. Seminggu pastu 3- 4 kali tergigit lidah semasa makan. Pernah luka teruk sampai tergigit lidah yang seminggu baru pulih sebab sangat dalam lukanya.


Alhamdulillah seminggu lepas pasang braces tak gigit lidah lagi. Tak luka pipi juga. Mampu makan tanpa trauma akibat pernah  luka lidah. Huhu.


Dah 2 bulan pasang power chain, harini doktor buka. Lega sungguh. Tak la rasa tegang sangat. Biasanya pasang sebulan lepas tu buka. Kali ni dua bulan direct, fuh nak senyum pun rasa mulut tak boleh buka. 

Korang dah sarapan? 

Last makan semalam pukuk 4 petang kot, pukul 11 lebih baru LM sarapan selepas balik jumpa dentist. Tiba tiba macam buat IF pula. Huhu. Lapar sangat! 


Post a Comment

3 Comments

  1. kagum la dgn kegigihan those braces wearer ;) lps ni bertambah jelita lah LM! pg td MZ bf mkn bihun goreng

    ReplyDelete
  2. inilah omputih kata beauty is pain kan LM? hehehe

    ReplyDelete
  3. Setelah lepas nanti, baru berasa leganya kak 🤣🤣. Saya masih agak trauma kalo ingat dulu pakai ini sampai 5 tahun. Tp mungkin zaman dulu braces tak secanggih sekarang, JD butuh lebih lama. Ataaaau gigi saya yg terlalu parah 🤣🤣

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com