SAMBUT BIRTHDAY

 Assalamualaikum. 


Salam Ahad. 

Seperti biasa bila minggu semua anak ada balik hujung minggu pasti jadual LM sedikit padat. Alhamdulillah Allah beri kesempatan luang masa dengan keramat hati. 


Oleh kerana pada tarikh 25 Ogos lepas Dik Ad anak kedua LM tak balik pada hujung minggu yang mana pada tarikh tu birthday dia, maka kami tunda sambut birthday dia pada minggu ini. Minggu lepas dia masuk perlu badan basikal di Jeli, Kelantan. 

Kami bergambar sebelum makanan sampai. Air pun tak semua orang dapat lagi masa ni. Kami siap siap rakam kenangan sebab dah selalu sangat terjadi, bila makanan sampai terus lupa nak snap gambar sekeluarga. 

Gambar random saja adik Ad bersama keknya, burger Syafiq dan ayam Krispy incek suami. 


Steak LM punya dan makanan syahim. Aish punya makanan pun lambat sampai sampai lupa nak snap. Dik Ad makan steak juga sama macam ummi. Kakak ambil burger sama macam Syafiq.

Sambutan setiap anak sama saja, potong kek dan makan luar bersama.

Harini Acha dah pulang ke asrama, dik Ad pun sekejap lagi nak balik ke Politeknik. Rumah kembali sunyi. 

Bila anak balik berkumpul LM akan masak menu yang mereka tak dapat di asrama. Jumaat masak lomak cili api udang bersama pucuk paku. Harini masak nasi daging sebab Dik Ad suka makan daging. Petang semalam walau terasa letih nak ke dapur tetap gagahkan diri goreng cempedak nak bagi dua anak yang jauh di mata tu merasa cempedak goreng. Hasil cempedak 3 biji yang bapa saudara mereka bagi minggu lepas. 

Post a Comment

3 Comments

  1. epi besday dik Ad! muka memang iras LM lah ur son ni ;)

    ReplyDelete
  2. W'salam LM,
    Seronok dapat berkumpul sekeluarga, dapat makan sama.. nampak meriah, masing-masing happy terutama birthday boy..

    ReplyDelete
  3. bila anak2 dah besar ginilah. khilfi haritu pun sambut birthday di asrama. birthday ammi pun anak2 cuma dapat call je dari asrama pastu ajak kengkawan nyanyi lagu besday untuk amminya pukul 6.30 pagi. sweet betul seketul bujang ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com