TANDA NAMA

 Assalamualaikum

Kisah tanda nama. Zaman dulu mudah, tanda nama guna nametag berpin tu saja. Tapi mungkin untuk keselamatan sebab pin tu tajam dan tak mahu ada kes nametag tertinggal maka tukar kepada jenis kain dan perlu dijahit.


Kisah hero LM ni, dia baru masuk form 1. Semasa beli buku LM tak tau pula boleh beli nametag di situ sekali. Dah la benda tu kena order. Bila berbulan baru siap nametag dan murid yang tak terima nametag baru la perasan ibu ayah tak order kan semasa awal tahun. Bila order, sampai bulan 9 ni tak muncul lagi nametag tu. Nak marah siapa? Kita la sebagai ibu ayah yang salah kot, tak terfikir pula tempah semasa beli buku. Biasa anak sekolah rendah order dengan guru kelas.


Maka, sebab tak sanggup menyusahkan dan mencederakan sikit emosi anak kerap kena denda sebab tak ada nametag walau alasannya belum dapat lagi, maka terpaksa la ummi ronda dalam shopee kot la ada orang jual. Eh ada rupanya? Okey ni terkejut. LM tak tahu ada jual di shopee. Kira burn Je la rm5 order tu. Laju laju LM order kan untuk hero sorang ni.


Ye, bukan anak kita seorang yang masih tak dapat nametag tapi tak syok la asik kena denda kan?



Alhamdulillah selepas beberapa hari, siap dah. Kita perlu chat seller dulu dan isi form. Kena isi form bagitau nak warna apa tulisan, benang sulam tepi warna apa, kain tu warna apa. 


Lega sangat bila dah dapat. Alhamdulillah. Selepas ni masa cuti sekolah boleh order kan untuk si adik adik dia punya juga. Senang sikit. 

Post a Comment

2 Comments

  1. I pun order kat shopee jer..masa awal thn lg

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini rasanya semua barang ada dijual dalam market place ... Hidup makin mudah 😄😄. Saya pun nak beli apapun keperluan sekolah anak, better dari marketplace lah. Lebih cepat kak drpd order lewat sekolah. Ntah kapan datang

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com